Ketuanan APCO : Anggota Parlimen Australia pertikai isu Anwar-Apco biadab


KUALA LUMPUR - Tindakan Anggota Parlimen Australia Nicholas Xenophon menyamakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen negara ini dengan ‘kangaroo court’ pada Rabu lepas, adalah biadab dan tidak menghormati kedaulatan serta undang-undang negara ini.

Beberapa ahli akademik dan wakil rakyat yang dihubungi Bernama juga menyifatkan kenyataan Xenophon itu sebagai dangkal kerana tidak mendalami terlebih dahulu isu sebenar sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Beliau tak ada usul periksa buat dakwaan begitu. Saya rasa dia pun tak duduk (tinggal) lama di Malaysia, tak boleh lah sembarangan sebut Malaysia punya sistem tak baik, melainkan dia dah buat kajian,” kata Prof Dr Ahmad Atory Hussein semalam.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia itu juga berkata kenyataan Xenophon mengguris perasaan rakyat negara ini serta tidak mencerminkan persahabatan Malaysia dan Australia.

Xenophon yang menjadi tetamu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada persidangan Dewan Rakyat Rabu lepas mengeluarkan kenyataan itu sebagai mempertikai keputusan jawatankuasa berkenaan dalam mengadili isu Anwar menyamakan konsep 1Malaysia dengan One Israel.

Presiden Pertubuhan Suluh Cendekiawan Malaysia, Tan Sri Ibrahim Abu Shah pula menyifatkan tuduhan Xenophon itu sebagai prejudis dan langsung tidak berasas.

“Dalam kes ini, Anwar dah diberi peluang untuk mempertahankan tuduhan tapi beliau gagal. Jadi kalau dah gagal, jawatankuasa boleh teruskan bawa kes ini, dan saya rasa hak beliau sebagai Anggota Parlimen (Permatang Pauh) telah diberi,” katanya.

Ibrahim berkata, Parlimen Malaysia juga telus dalam isu tersebut dan kerajaan memberi tempoh seminggu untuk Anwar memberi penjelasan namun peluang itu tidak digunakan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tersebut.

“Kalau betul-betul kes kuat, saya rasa tak payah bagi seminggu sehari pun dia akan jelaskan balik dengan terperinci, tapi dia tak berani sebab dia tahu tuduhan dia tidak betul dan merupakan hasutan kepada negara.

“Sebab itu (dia) gagal (jelaskan). Kalau dah gagal hak kerajaan untuk teruskan tindakan sewajarnya,” kata bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara itu.

Pada 22 April lepas, Dewan Rakyat bersetuju merujuk Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen selepas beliau gagal memberi penjelasan dalam tempoh seminggu mengenai dakwaannya berhubung konsep 1Malaysia.

Anwar mendakwa gagasan 1Malaysia sama dengan konsep One Israel yang membabitkan firma perunding perhubungan antarabangsa Apco Worldwide, yang khidmatnya turut digunakan kerajaan Malaysia. - Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.