Panas: Mantan PM Mahathir Ingatkan Komponen BN Supaya Tidak Main Isu Perkauman Yang Akan Jejaskan Sokongan Rakyat Dalam PRU Ke-13 Nanti


KUALA LUMPUR, 12 Dis - Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak memainkan isu perkauman kerana ia boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada gabungan itu pada pilihan raya umum akan datang. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (foto) berkata, perbuatan itu perlu dihentikan kerana ia tidak selaras dengan matlamat penubuhan BN iaitu bagi mewakili semua kaum. "Masalah di kalangan sebilangan parti komponen BN (masa kini) adalah dalam keinginan untuk menjadi popular, mereka suka membawa isu-isu perkauman. "Tindakan ini boleh membawa kesan negatif kerana apabila anda hanya mempromosikan satu kaum, maka kaum-kaum lain tidak akan menyokong kamu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Pada Konvensyen BN 2010, Ahad lalu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang berucap mewakili parti itu secara terbuka mendesak agar istilah 'ketuanan Melayu' dilarang daripada digunakan dan turut menegaskan dasar utama kerajaan tidak harus diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Ditanya adakah kenyataannya itu merujuk kepada MCA, Dr. Mahathir berkata: "Saya tidak ingin menyatakan parti mana yang di maksudkan. Anda (wartawan) lebih tahu dari saya".
[Kenyataan Mahathir ini merupakan tamparan "maut" buat UMNO sebenarnya. Sebelum ini puak-puak merekalah yang berdegar-degar memainkan isu "ketuanan Melayu". Mereka mendapat sokongan daripada beberapa NGO sepertoi GPMS, Belia 4B, MAYC, Perkasa dan sebagainya, begitu bersemangat sekali menentang mana-mana pihak yang kononnya mencabar ketuanan Melayu. Mereka lupa bahawa isu itu agak sensitif untuk didengar oleh kaum-kaum lain. Itulah dia sebenarnya didikan dan tarbiyah yang diterima daripada Institut Latihan Minda UMNO iaitu Biro Tata Negara (BTN) selama ini. Ketuana Melayu yang diperjuangkan daripada memikirkan rakyat itu sendiri. Mereka lupa bahaw akaum lain kini adalah rakyat Malaysia yang sah dan bukan lagi pendatang (imigran) seperi zaman lampau. Kini, dengan teguran Mahathir itu ia harap dapat menyedarkan puak-puak UMNO agar tidak terus bermain dengan ketuanan Melayu jika mereka benar-benar faham konsep "1Malaysia" yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Najib Razak itu sendiri].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.