Najib Perlu Tahu Apa Yang Telah Beliau Lakukan Kepada Felda, Sebelum Kata Orang Lain Khianat Bangsa Dek Kerana Nyatakan Agensi Itu Bankrap


PUTRAJAYA, 12 Dis - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto), menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap, sebagai pengkhianat bangsa, kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat. Perdana Menteri menjelaskan, Felda sebenarnya merupakan sebuah institusi yang berjaya dan telah mengubah lanskap sosio-ekonomi negara selain mempunyai simpanan tunai yang banyak. "Dua tiga hari lepas, saya bermesyuarat dengan pengurusan Felda, saya tengok akaun Felda. Kalau semua saham milik Felda yang tersenarai dalam Bursa Malaysia hari ini kita cairkan, keuntungan atau pendapatan yang boleh Felda peroleh adalah sebanyak RM4.3 bilion. "Siapa kata Felda bankrap...mana ada? Pengurusan Felda kata, jangan sebut tetapi banyak wang tunai kita ada dalam simpanan...(dan) selamat," katanya ketika merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di sini hari ini. Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr.Yusof Noor.
[Terkejut besar kita dibuatnya pabila mendengar kenyataan PM itu. Soalnya sekarang, wajarkah PM mengatakan sedemikian kepada pihak terbabit. Sedangkan dalam masa yang sama banyak pendedahan tentang penyelewengan, penindasan, penipuan Felda telah pun didedahkan oleh pihak berkenaan. Malah, apakah mengatakan Felda bankrap itu sama dengan pengkhianat bangsa?. Sedangkan banyak bukti bahawa Felda sendiri telah khianat kepada bangsa itu sebenarnya. Kewujudan asal Felda untuk membela orang Melayu dan rakyat dengan memberikan mereka tempat tinggal dan ladang seluas 10 ekar kini sudah tiada lagi apabila mereka hanya mewujudkan Felda Plantations (ala estet). Malah, harga hasil ladang yang dijual kepada Felda jauh lebih murah dari yang dijual ke pasaran luar. Bukankah ini satu penganiayaan kepada para peneroka (rakyat) dalam negara sendiri. Felda pengkhianat bila peneroka yang sudah mendapat Geran Hak Milik masih diikat dengan Akta GSA 1960 agar terus menjadi hamba kepada agensi itu. Siapa yang khianat apabila menubuhkan Felda Global Venture yang menguruskan hal pelaburan tidak berwibawa agensi itu diluar negara hingga menyebabkan aset Felda semakin menyusut sekarang?. Semua ini jelas membuktikan yang Felda yang adalah pengkhianat rakyat sebenarnya. Makanya tidak wajar PM menuduh mereka yang katakan Felda Bankrap itu pengkhianat bangsa !!!].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.