FLOM: Jawapan Nazri Hanya Untuk "Membodek" Najib & Rosmah



Wanita Pertama: Nazri putar belit fakta Perlembagaan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara berhubung Wanita Pertama Malaysia.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, ini kerana jelas diperuntukkan dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Beliau yang juga Ketua Wanita PKR menyatakan demikian sebagai respons kepada jawapan Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini berkenaan soalan ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkaitan takrifan wanita pertama dan penyediaan peruntukan berkaitan boleh disifatkan sebagai sekadar play-safe statement, penuh niat putar belit dan berunsur manipulasi terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, jawapan Nazri yang mendakwa bahawa penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebagai kod amalan menunjukkan bahawa beliau sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara.

Menurutnya, Perkara 32 (2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

“Jika benar penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebuah kod amalan seperti yang didakwa, maka saya pasti bahawa isteri Perdana Menteri juga tertakluk dibawah Kod Protokol yang ditetapkan Jabatan Perdana Menteri, dengan mengambil kira beliau hanya sebagai seorang pegawai kakitangan buat Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Namun, jika demikian, soalnya bagaimanakah sejumlah peruntukan sebanyak RM4.5 juta boleh diluluskan buat seorang ‘'kakitangan' untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama.

Beliau juga mempersoalkan bagaimanakah seorang ‘'kakitangan' biasa boleh diberikan peruntukan untuk melancong ke seluruh dunia.

“Apakah seorang ‘kakitangan’ juga dibenarkan berkempen dan membuat pelbagai janji secara melampau dengan menggunakan wang kerajaan sewaktu pilihan raya, yang sehingga kini satu pun tidak tertunai?

“Adakah wujud pula Kod Protokol istimewa dan khas, yang hanya terpakai untuk Isteri Perdana Menteri?” soalnya.

Maka, beliau menggesa agar Mohamed Nazri agar berani untuk segera menjawab dengan jujur, berpaksikan fakta dan realiti yang tepat bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar bebas daripada tekanan mana-mana pihak dalam menjalankan tugasnya. -HD


Gelaran Wanita Pertama rujuk isteri PM: Nazri

Panggilan Wanita Pertama dalam konteks Malaysia merujuk kepada isteri Perdana Menteri, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata panggilan itu adalah satu gelaran tidak rasmi yang tidak berasaskan kepada sebarang peruntukan perundangan tetapi berasaskan kepada amalan dan kelaziman yang biasa.

"Ini adalah amalan lama dalam politik antarabangsa. Sebagai contoh di United Kingdom, Ratu Elizabeth bukan dianggap Wanita Pertama kerana beliau digelar sebagai Ratu.

Wanita Pertama ialah isteri kepada Ketua Eksekutif iaitu isteri Perdana Menteri.

"Begitulah juga seperti yang berlaku di negara Jepun. Justeru, tidak perlu timbul sebarang kekeliruan dari segi penggunaan gelaran berkenaan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang bertanya mengenai takrifan Wanita Pertama Malaysia, sama ada merujuk kepada isteri Perdana Menteri atau Raja Permaisuri Agong.

Mengenai peruntukan kewangan untuk membiayai kegiatan Wanita Pertama pada 2011, Mohamed Nazri berkata tiada peruntukan kewangan khusus untuk membiayai kegiatan isteri Perdana Menteri.

Menjawab soalan tambahan Johari, Mohamed Nazri turut menegaskan bahawa tidak wujud unit khas untuk Wanita Pertama di Jabatan Perdana Menteri.

Katanya penggunaan panggilan Wanita Pertama juga tidak bercanggah dengan peruntukan 32 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Raja Permaisuri Agong sebagai yang utama. - BERNAMA


Ulasan GB

Ringkas saja, jawapan Nazri tidak lain hanya untuk "membodek" Najib dan isteri. Tak lebih dari itu.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.