Tiga Agensi Kerajaan Dikenalpasti sebagai Baruah BN

Oleh: setisab

"KOTA KINABALU: Aktivis hak asasi dan masyarakat, Dr Chong Eng Leong berkata, menurut kajiannya sehingga 2005, seramai 600,000 pendatang tanpa izin mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di Sabah.

Katanya, daripada jumlah penduduk Sabah yang berjumlah 1.6 juta penduduk, seramai 600 ribu adalah warga asing tidak termasuk pendatang  yang memiliki permit sah.

“Kalau dulu jumlah penduduk di Sabah adalah dua pertiga dari jumlah penduduk Sarawak, sekarang Sarawak dua pertiga daripada jumlah penduduk Sabah,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja yang bertajuk Pembentukan Suruhanjaya Diraja mengenai Pendatang Tanpa Asing (PATI) di Sabah pada Konvensyen KEADILAN yang diadakan semalam.

Projek IC di Sabah merupakan projek rahsia dan tersusun yang membabitkan beberapa parti politik termasuk agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.
Dalam pembentangan kertas kerjanya, Dr Chong mengupas tentang Projek IC bagi membawa pendatang tanpa izin ketika Malaysia di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  sejak tahun 1980 an dan 1990 an.
Dr Chong merupakan bekas calon PBS yang memfailkan petisyen pilihan raya Likas pada 1999 kerana membantahkan kewujudan pengundi hantu yang menyebabkan kekalahannya di kawasan itu.
Beliau mengulas pengakuan bekas ketua daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim yang ditangkap di bawah ISA dan beberapa buku yang ditulis secara terpeinci oleh seorang penulis bernama Mutalib MD mengenai projek IC di zaman Mahathir dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh.
“Dia (Hassnar) masuk ISA kerana peranannya dalam projek IC. Dia dedah ada mesyuarat yang dijalankan di Kuala Lumpur, yang dipengerusikan oleh Megat Junid Megat Ayub, siapa yang hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ahmad Sarji, Pengarah JPN Sabah, Haji Sani Adnan dan beberapa orang lagi,’”
“Dalam buku Mutalib, Projek IC- agenda tersembunyi Mahathir, dia tulis terang-terang siapa yang ada pada mesyuarat itu. Semua ada ditulis di dalam buku itu,” katanya yang kini telah menyertai KEADILAN.
Katanya, beliau langsung tidak berharap kerajaan Umno-BN akan mempunyai kesungguhan politik untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat isu itu yang disifatkan sudah begitu kritikal.
“Kita boleh selesai hanya dengan satu cara seperti yang dilaporkannya di sini
"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.