Perang Demo DNA : 1Malaysia kalut pasal DNA..!!!

SEMALAM beberapa puak yang dipercayai diupah oleh Umno telah menaikkan manila kad mendesak supaya Anwar Ibrahim menyerahkan sample DNA nya. Desakan itu dibuat ekoran mahkamah memerintah Anwar menyerahkan sample DNA nya setelah mahkamah menolak bukti DNA yang diambil secara tidah sah semasa Anwar di tahan semalam dalam lokap.

Bila mahkamah menolak sepatutnya pendakwa merasa malu dan bertanggungjawab atas mengambil bukti salah dengan menarik balik kes berkenaan. Tetapi tidak.

Kita akur dengan mahkamah. Hakim mempunyai hak dan budibicaranya. Cuma kita tidak tahu apakah Anwar juga mempunyai hak yang tidak dapat diatasi oleh hak dan kuasa serta budi bicara mahkamah untuk tidak menyerahkan sample DNAnya.

Di sini bukan soal Anwar penakut atau tidak tetapi apakah arahan mahkamah itu wajar setelah mahkamah gagal mendapat DNa dari cara tidak sah?

Saya bersetuju dengan pandangan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang bahawa tunjuk perasaan mendesak agar Anwar beri sample DNA adalah bermotif politik. Benar... kalau bukan kerana politik kenapa penunjuk perasaan itu gila-gila untuk mendesak Anwar. Banyak kes yang melibatkan kepentingan negara boleh dijadiakan isu untuk mendesak mahkamah.

Misalnya kes pembunuhan taukeh kosmetik bersama pegawai bank dan peguamnya. Kes itu adalah satu kes yang dahsyat yang belum pernah berlaku di negara ini. Dibunuh, dibakar dan dilempar ke dalam sungai abunya. Dahsyat! Tetapi kenapa si penunjuk perasaan tidak bertindak demikian. Tidak bangkit untuk membuat desakan supaya mahkamah menghukum si pelaku.

Apabila mereka hanya mengambil bahagian dan menjadi 'berang' kepada kes Anwar nampak sangat yang kad manila yang mereka julang itu diupah oleh pihak tertentu. Ah... takkanalah diberi RM1.50 (harga manila kad) sanggup berdemo. Nampaknya apa yang berlaku di Indonesia, mengambil upah dengan berdemo sudah berjangkit kepada segelintir rakyat negara ini.

Apakah kegiatan inin ada sangkut paut dengan kelembapan ekonomi dan penganggur yang kian bertambah?

Rasanya semua pihak tidak patuit membiar keadaan ini. Pihak penyokong Anwar tentunya tidak akan mendiamkan diri. Mereka juga ada akal tentu akan bertindak balas ke atas apa yang dilakukan oleh penunjuk perasaan yang diupah itu.

Sudah terdengar ura-ura PKR akan mengadakan kempen atau pun tunjuk persaaan DNA juga. Kali ini mereka akan mendesak Najib Razak memberi DNA untuk kes pembunuhan Altantuya, manakala mendesak Rais Yatim untuk kes rogol pembantu rumah.

Kempen itu akan diadakan besar-besar dan dijangka akan dilancarkan minggu depan. Pasti kempen itu tidak ada keperluan dan kosekuannya... tetapi itu lah yang akan berlaku. Bila isu dibawa ke dalam politik dan diselesaikan secara politik maka ia akan berpanjangan. Dunia politik tidak mengira apa. Kalau tahi Nik Aziz berwarna hijau pun puak UBN akan memprotes ataupun menggunakan sebagai isu untuk mencari laba mudah.

Demikian juga kalau najis Mahathir tiba-tiba biru berbelang merah, ia akan diambil menjadi isu oleh pihak yang melawannya. Nah demikian kotor dan bersahajanya dunia politik di negara ini. Apakah ini dikata maju dan kemajuan?

Kalau PKR melancarkan perang kempen mendesak Najib memberi DAN pasti keadaan jadi kalut. Peperangan DNA akan berlaku di negaranya. Perang ini bolehlah dinamakan Durjananya Najib Anwar (DNA).

Memang tiada keperluan untuk meminta Najib dan Rais Yatim menyerahkan DAN mereka, tetapi itulah politik yang saya katakan tadi ia akan mengeksploitkan apa saja yang tercapai tangan.

Di sini untuk menghentikan perang sia-sia ini adalah baik kalau semua pihak berhenti berfikir secara kotor dan mulai berfikir dengan jilah. Mereka yang benci Anwar akan tidak merasa puas hati selagi Anwar tidak dipenjarakan. Kalaupun Anwar memberi DNAnya dan didapati dia tidak bersalah, penunjuk perasaan itu tetap akan melaksanakan kerjanya kerana mereka diupah. Di sini bukan soal keadilan dan kebenaran tetapi soal cari makan.

Sesuatu isu yang kita hadapai depanilah dengan waras dan profesional. Misalnya mengenai kes Anwar itu apabila mahkamah sudah menolak bukti itu, apakah perlu Anwar sendiri memberi bukti bagi menyalahkan diri sendiri? Logiknya bodohkan. Keadilan apa kalau Anwar di dalam dan orang lain diluar? Tentu tidak ada rasionalnya di sini. Jangan kata Anwar penakut, atau keengganan itu menampakan dia bersalah, apa yang perlu dilihat ialah keadilan yang waras di dalam hal ini.

Janganlah mengharapkan Anwar akan masuk ke syurga setelah dia bertaubat dalam penjara sementara kita pula akan berjelapak dalam Neraka akhirnya kerana memberi keadilan kepadanya.

Kepada penunjuk perasaan seharusnya juga mendesak dua tiga lagi DNA yang ditemui di lubang jubur pembacuh kopi itu agar tampil ke depan, kita juga nak tahu siapakah mereka. Ia bolah jadi DNA mereka yang yang bergelar menteri sebab ada menteri yang jadi gay di negera ini.

Sepatutnya penunjuk perasaan upahan turut desak pembacuh kopi itu, memberi tahu dengan jujurnya bahawa selain Anwar orang-orang tertentu telah mencatut juburnya. Masakan ada dua tiga DNA kalau hanya seorang yang mencatut juburnya. Yang pastinya bukan seorang yang mencatut juburnya tetapi ramai.
MSO.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.