INFO : Ajaran Sesat di Malaysia Semakin Parah?

Ajaran sesat semakin tenat menular dinegara kita.
Dewasa ini, diakhir zaman ini, fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku. Kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan. Sama ada di zaman awal peradaban Islam di alaf millenium mahupun akan datang. Paparan isu kebanyakannya didedahkan oleh pihak media secara terbuka. Memandangkan ia berkait rapat dengan agama, maka perhatian terhadapnya diberi satu tumpuan.
Isu ajaran sesat bersifat subjektif. Ia memerlukan penjelasan terperinci. Al-Qur’an al-Karim telah mengingatkan kita tentang bentuk kesesatan dari pelbagai sudut. Antaranya, kesesatan hawa nafsu, kejahilan, pujuk rayu syaitan dan pengaruh persekitaran sama ada dari teman, perubahan masa dan keadaan.
Definisi ajaran sesat.
Ajaran Salah/Sesat: Merupakan  sesuatu ajaran, fahaman atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam tetapi bukan dari ajaran Islam. Bahkan bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya seperti ajaran Taslim, Qadyani, Bahai, Ahmad Laksamana, Hasan Anak Rimau dan lain-lain. 
Latar belakang ajaran sesat.
Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukanlah suatu perkara baru tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi Muhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas Rasulullah s.a.w. dan menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam pada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad dan al-Aswad al-Anusi di Yaman.
Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang muncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai 912 orang telah sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim Jones.
Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dan dipercayai paling lama usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini dipimpin oleh anaknya dan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya juga meninggal maka ia telah dipimpin oleh orang-orang kanannya hingga ajaran ini merebak ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Jenis-jenis Ajaran Sesat.
Terlalu banyak kalau hendak disenaraikan (dikatakan beratus-ratus) saya tiada menjumpai jumlah yang tepat mengenai angka ini. Ini adalah diantaranya.
  1. Nasrul Haq
  2. Budi Suci
  3. Al-Watan
  4. Budi Suci Sejati
  5. Jawa Faradin
  6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
  7. Tusuk Hikmat
  8. Ilmu Kebatinan
  9. Potong Maya
  10. Naluri
  11. Kaula
  12. Haqqullah Syahadah
  13. Rampai
  14. Wali Suci
  15. Kalimat Sakti
  16. Silat Pukulan Jarak Jauh
  17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
  18. Zikir Sha`ban Islam Haq
  19. Asal Wujud Garis Laksmana
  20. Al-Ma`zat
  21. “Transcedantel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
  22. Ilmu Kebatinan
  23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
  24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
  25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
  26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
  27. Mohd Nordin Putih
  28. Nasrun S.T.Qahar
  29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
  30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
  31. Wali Sembilan
  32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
  33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
  34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
  35. Al-Arqam
  36. Golongan Anti Hadis37.
  37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
  38. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
  39. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
  40. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
  41. Ajaran ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
  42. Tarikat Mufaridiah
  43. Ajaran Hassan Anak Rimau
  44. Tarikat Aurad Ismailiah
  45. Ajaran Martabat Tujuh
  46. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
  47. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
  48. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
  49. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
  50. Ajaran Mohd Nor Seman
  51. Ajaran Ayah Pin
  52. Ajaran Bahai
  53. Al-Ma`unah
  54. Ajaran Azhar Wahab
  55. Ajaran Hj.Banuar
Ciri-ciri ajaran sesat.
Setiap sesuatu mempunyai asas atau ciri-ciri tertentu untuk dikenal pasti. Pengenalan terhadap ciri-ciri sesuatu ajaran membantu kita untuk memahami posisi dan jenis ajaran sesat. Bahkan indikasi ajaran atau fahamannya pula bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jama‘ah. Antara ciri-ciri ajaran salah atau sesat ialah:
  1. Mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya
  2. Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya
  3. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi
  4. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi
  5. Mengaku memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w
  6. Mempercayai semua ajaran adalah sama
  7. Mengaku dirinya sebagai wali
  8. Mempercayai Gurunya boleh memberi syafaat
  9. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersuluk
dan sebagainya yang boleh ditakrifkan membelakangkan agama Islam.
Penutup.
Kita semua umat islam,  perlu berpegang teguh dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, iaitu menggunakan disiplin dan metodologi yang jelas dalam memahaminya. Sebarang pentafsiran al-Qur’an perlu merujuk mufassirin. Manakala huraian hadith perlu merujuk kepada muhaddithin.
Inilah dunia hari ini yang semakin menuju ke gerbang kiamat, segala yang dinyatakan oleh Nabi SAW semakin hari semakin terpapar di skrin mata manusia. Masihkah kita leka dengan kehidupan yang akan habis ini? Bagaimanakah keadaan sekeliling kita yang sentiasa menumbuhkan pemikiran-pemikiran sesat? Inilah tanda-tanda kiamat.Kepada yang sudah tersesat, pulanglah ke pangkal jalan. Sesungguhnya dosa mensyirikkan Allah adalah dosa yang tidak terampun.
Peringatan ini anda semua dan diriku ini sendiri.
Sumber dan diolah  disini.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.