2 Inspektor Pelatih Wanita PULAPOL Dijangkiti Adenovirus

 

Kuala Lumpur: Dua inspektor pelatih wanita dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam, selepas dikesan dijangkiti 'adenovirus'.

Dua pelatih wanita berkenaan adalah antara 32 pelatih termasuk seorang kakitangan PULAPOL KL yang kini menerima rawatan di wad biasa hospital terbabit sejak seminggu lalu akibat jangkitan virus itu.

Dua pelatih lelaki membabitkan seorang inspektor pelatih dan seorang konstabel pelatih pula masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL.

Komandan PULAPOL, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed, berkata seorang daripada pelatih lelaki berkenaan dimasukkan ke wad ICU petang kelmarin manakala seorang lagi sudah seminggu berada di wad sama.

“Mereka yang sedang menerima rawatan di wad biasa pula terdiri daripada 15 inspektor pelatih lelaki, 10 inspektor pelatih wanita dan selebihnya adalah konstabel pelatih lelaki serta seorang kakitangan PULAPOL Kuala Lumpur.

“Sehingga jam empat petang semalam, seramai 688 konstabel pelatih dan inspektor masih menjalani pengasingan di bilik gerakan PULAPOL sehingga kesihatan mereka pulih,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang pelatih, Mohd Azizan Azirid, 25, dari Kuala Kangsar, maut selepas diserang bakteria Leptospirosis (kencing tikus) dan adenovirus.

Berikutan kejadian itu, semua program latihan di PULAPOL Kuala Lumpur dihentikan sementara waktu sehingga mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, keluarga pelatih boleh menghubungi bilik gerakan khas PULAPOL di talian 03-26882062 atau 03-26882009 untuk mendapat maklumat terkini mengenai isu jangkitan virus dan situasi di pusat latihan berkenaan.

Zulkifli berkata, pemantauan rapi termasuk aspek penjagaan kebersihan dititikberatkan di kawasan PULAPOL bagi mengelak lebih ramai pelatih dan pekerja PULAPOL menghidap virus berkenaan. -BH

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.