Bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang mendakwa, Umno sejak dari dulu lagi sebenarnya tidak mahu melaksanakan dasar-dasar Islam dalam pemerintahannya. Justeru itu, beliau melihat pendapat yang mendakwa Islam boleh tertegak di negara ini jika PAS dan Umno bersatu disifatkan sebagai 'loyar buruk', kerana propaganda ini satu cara atau strategi Umno untuk menipu rakyat.
Tambahan pula katanya, pendapat tersebut datang daripada seorang anak muda dari Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam yang yang tidak mengetahui sejarah perjuangan PAS yang pernah berada bersama-sama Umno dalam BN.
"Bagi saya itu propaganda Umno. Apatah lagi orang yang bercakap itu mungkin budak-budak lagi. Jadi dia tidak tahu sejarah masa PAS bersama Kerajaan Perikatan (sekarang BN) tahun 70-an," ceritanya.
Dalam satu majlis Wacana Perdana di Balai Islam, Lundang, Kelantan, 11 Julai lalu, seorang panel dari Jabatan Hal Ehwal Khas Agama Islam (JASA), Lokman Nor Adam berkata cita-cita PAS merealisasikan hasrat itu akan menjadi lebih mudah jika mereka berbaik-baik dan bekerjasama dengan Umno berbanding dengan DAP dan KEADILAN.
Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Mujahid Yusuf turut diundang menjadi ahli panel wacana selain bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin; Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mohd Affandi Yusoff. Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff bertindak sebagai moderator wacana bertajuk 'Bolehkah Melayu Bersatu?'
Menurut Ustaz Ahmad, selepas Trajedi 13 Mei, Umno merayu-rayu kepada PAS agar menyertai Perikatan. Ketika itu dakwanya, Perdana Menteri, Tun Razak Hussin sendiri yang meminta sangat demi penyatuan orang Melayu dan Islam.
"Jadi PAS bersetuju masuk dan saya orang pertama duduk di dalam kerajaan. Tun Razak juga meminta kami buatlah apa saja untuk Islam. Bermula dari situlah maka lahirkan institusi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Institusi Latihan Dakwah dan lain-lain.
"Saya sendiri dilantik sebagai Pengarah Pusat Islam. Ketika itu gerakan dakwah yang dibawa PAS begitu bersemarak. Melihat perkembangan dakwah Islam yang mendapat sambutan daripada pelbagai jabatan termasuk tentera, polis, pegawai kerajaan dan penuntut universiti akhirnya Umno menolak PAS dengan cara dan alasan tersendiri. Sehingga saya sendiri dituduh sebagai ketua PAS di Pusat Islam. Nampaklah mereka tidak mahu gerakan dakwah," ujarnya.
Beliau berkata semasa PAS berjaya mengimarahkan dakwah dari pelbagai agensi, dan Umno melihat waktu itu PAS sebagai ancaman kepada mereka. Ustaz Ahmad berkata, hampir lima tahun PAS bersama Umno tetapi pemimpin parti itu tidak dapat menerima PAS.
"Sebenarnya Lokman tidak tahu apa pun cerita Umno tidak bersedia kepada Islam walhal sebelum itu mereka yang merayu-rayu meminta PAS berkerjasama dengan Umno," katanya. Bahkan dakwanya lagi, pada hari ini Umno percaya cara mereka hendak perdaya orang Islam dengan mempergunakan orang-orang agama masuk Umno dengan memainkan isu perpaduan.
Semuanya itu tegasnya, tidak ada tujuan lain kecuali untuk menghadapi pilihan raya akan datang ini, dan selepas ini pasti mereka akan menuduh PAS sebagai sebuah parti yang sentiasa berkeras dan berdegil kerana tidak mahu berpakat dengan Umno.
Posted by RAKYAT MARHAEN
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan