Tiga termasuk bekas ketua Umno Rantau Panjang dihadap lembaga disiplin

TERKINI @ 09:35:22 PM 21-07-2010Oleh G. ManimaranJuly 21, 2010


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Presiden Umno memperkatakan sesuatu kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto BernamaKUALA LUMPUR, 21 Julai – Tiga orang termasuk bekas ketua bahagian Rantau Panjang Datuk Mohd Zain Ismail, yang kini berhadapan dengan hukuman digantung keahlian tiga tahun, akan dirujuk kepada lembaga disiplin ekoran krisis kepimpinan, yang dilihat telah menjejaskan imej parti itu.



Ketua Puterinya Norhayati Mamat juga diputuskan untuk dirujuk kepada lembaga disiplin.



Turut akan dirujuk ialah bekas bendahari Rantau Panjang Ghazali Ismail juga akan dirujuk kepada lembaga tersebut.



Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat petang ini memutuskan tindakan itu selepas kedua-dua puak mengadakan persidangan perwakilan masing-masing baru-baru ini.



Norhayati dikatakan menghadiri mesyuarat yang dipanggil Mohd Zain.



Kes mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu yang diadakan oleh dua kumpulan pemimpin secara berasingan pada 26 Jun lalu menunjukkan bahawa ada pihak yang tidak menghormati perlembagaan parti.



“Bekas ketua bahagian Datuk Mohd Zain akan dirujuk kepada lembaga disiplin,” kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini.



Sehubungan itu, pentadbiran bahagian akan diambil alih Badan Perhubungan Umno Kelantan.



Akhir bulan lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed kemelut dalaman bahagian Rantau Panjang yang telah berlarutan hampir 20 tahun adalah serius dan perlu ditangani segera.



“Ini suatu peristiwa yang agak tidak menyenangkan dan keadaan di Rantau Panjang ini adalah serius yang sukar untuk kita tangani sejak 20 tahun dulu.



“Apa pun Umno Kelantan akan cuba menanganinya segera walaupun sukar dan untuk itu satu pendekatan akan diambil bagi mengatasi sebarang masalah di situ,” katanya.



Pada 26 Jun lalu dua puak dalam Bahagian Rantau Panjang mengadakan persidangan perwakilan serentak iaitu yang diketuai Abdullah Mat Yassin di Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan satu lagi yang dipimpin Mohd Zain di dewan Umno bahagian itu.



Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang merasmikan mesyuarat bahagian itu turut singgah di mesyuarat yang diketuai Mohd Zain atas arahan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengatasi masalah tersebut.



Ahmad Zahid ketika ditemui itu turut meminta pemimpin di bahagian itu mengelakkan perbalahan seterusnya bersatu demi perpaduan UMNO yang akan menghadapi pilihan raya umum nanti.



Mohd Zain digantung keahlian selama tiga tahun oleh lembaga disiplin merupakan antara seramai 10 ahli parti itu bersalah kerana terbabit dengan rasuah politik dan sabotaj parti.



Dalam pada itu, Najib yang juga Perdana Menteri berkata, MT memutuskan untuk meletakkan pentadbiran Umno Sungai Petani di bawah penyeliaan Badan Perhubungan Umno Kedah.



Kata beliau, keputusan itu diambil oleh meredakan keadaan di kedua-dua bahagian tersebut.



“Sebab apa kita bagi kepada Badan Perhubungan, supaya dua-dua pihak kalau ada masalah boleh rujuk kepada Badan Perhubungan,” kata beliau sambil menambah pentadbiran bahagian akan diserahkan kemudian apabila keadaan reda.



“Kaedah ini bukan luar biasa, sudah banyak kali masalah wujud dan diatasi,” katanya.



Umno mempunyai 191 bahagian di seluruh negara kecuali di Sarawak.



Najib juga memaklumkan bahawa MT telah mengesahkan pelantikan Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Putrajaya, Husna Abdul Rahman sebagai pemangku Ketua Puteri bahagian itu bagi membolehkan pergerakan tersebut berjalan dengan lancar.



Ketuanya Hamiza Abdullah Zawawi dikatakan tidak aktif sejak setahun lalu.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.