Debate - Subordinate Court Amendment

Debate by Wong Ho Leng, MP For Bandar Sibu, on the Subordinate Courts (Amendment) Bill, 2010 on 7 July, 2010

Subordinate Courts (Amendment) Bill, 2010 ingin meningkatkan bidangkuasa kewangan (monetary jurisdiction) Mahkamah Sesyen daripada RM250,000.00 kepada RM1 juta. Saya tiada apa-apa bantahan untuk pindaan ini.



Tetapi, Bill ini juga ingin memperkenalkan bidangkuasa baru kepada Mahkamah Sesyen iaitu untuk membolehkan Mahkamah Sesyen mendengar kes Deklarasi dan Injunksi. Relif ini adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi sebelum ini.



Saya mahu tanya, adakah tunggakan kes (backlog) di Mahkamah Tinggi merupakan alasan membenarkan Mahkamah Sesyen untuk mendengar kes-kes Deklarasi dan Injunksi?



Kalau ini adalah sebabnya, maka Kerajaan seharusnya menyelesaikan “backlog” di Mahkamah Tinggi.



Saya telah menjadi peguam selama 25 tahun. Di dalam beberapa dialog di antara peguam-peguam dengan para Hakim, saya telah membangkitkan masalah “backlog”, termasuklah cara kes itu diselesaikan di Mahkamah terbuka. Saya percaya backlog dapat dikurangkan dan diselesaikan dengan penambahbaikkan pentadbiran mahkamah, seperti latihan (training) dan pengambilan jurutaip dan stenographer untuk merekodkan bukti (taking evidence). Saya rasa adalah tidak wajar untuk mengharapkan Hakim Mahkamah Tinggi untuk menaip sendiri apabila tugas mereka adalah untuk memerhatikan perlakuan atau gerak-geri saksi dan menentukan sama ada saksi bercakap benar atau tidak.



Kalau niat Bill ini ialah untuk mengurangkan “backlog” di Mahkamah Tinggi, saya percaya ia akan gagal. Membiarkan Mahkamah Sesyen untuk mendengar kes Deklarasi dan Injunksi hanya akan memindahkan “bottlenecks” dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Sesyen.



Sila jangan “pass the buck” dan mencipta “bottle-neck” baru di Mahkamah Sesyen.



Terdapat beberapa aspek penting dalam bidang perundangan yang Kerajaan perlu pertimbangkan sebelum meluluskan Bill ini. Antaranya ialah latihan atau “training” dan “competency” Hakim Mahkamah Sesyen.



Saya telah berbual dengan banyak peguam sepanjang 3 minggu yang lepas berkenaan pindaan ini. Hampir kesemua mereka mengambil berat sama ada Hakim Mahkamah Sesyen adalah “competent”? Hampir kesemua mereka berasa Hakim Mahkamah Sesyen tidak sepatutnya diberikan bidangkuasa untuk mendengar kes Deklarasi dan Injunksi.



Ada satu peguam berkata:



“At present, Sessions Court Judges of this country have never dealt with injunctions or declarations. Unless there is proper training, the transition will be chaotic. Many of them will not appreciate the consequences of declarations and injunctions”.



Biarkan saya memberi contoh kes yang melibatkan injunksi. Sebelum kes didengar, Plaintif mungkin memohon untuk perintah interim (interim injunction order). Tugas diberikan kepada Hakim untuk menentukan sama ada kes ini adalah sesuai untuk memberi perintah interim sementara menunggu kes di jalankan. Perintah interim mungkin mempunyai kesan yang buruk terhadap Defendan. Saya telah mengetahui sekurang-kurangnya 2 syarikat di Sarawak yang dipaksa untuk tutup kerana perintah interim telah diberikan oleh Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, perintah ini telah dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan. Pada masa itu, ia sudah terlambat dan kerugian telah pun berlaku.



Walau bagaimanapun, kita mesti menerima bahawa terdapat beberapa orang Hakim Mahkamah Sesyen yang competent, tetapi kebanyakkan peguam percaya bahawa banyak Hakim Mahkamah Sesyen seperti pada masa ini tidak mempunyai “competence” dan latihan secukupnya untuk mendengar kes Deklarasi dan Injunksi.



Kini, Pendaftar Mahkamah Tinggi kadangkala diperlukan atau diarahkan untuk mengambil tempat Hakim Mahkamah Sesyen di Sarawak. Kebanyakan Pendaftar Mahkamah Tinggi ialah lepasan Universiti yang masih baru (fresh graduate) dan tidak mempunyai pengalaman praktikal (practical experience).



Apabila kita bercakap tentang “key performance index (KPI)”, bagaimana kita mempunyai keyakinan dalam prestasi Pendaftar yang tidak ada “practical experience” dalam mendengar kes injunksi? Bagaimana rakyat boleh mempunyai keyakinan di dalam sistem penyampaian (“delivery system”)?



Saya rasa adalah lebih baik dan adalah lebih penting untuk menambah baik sistem penyampaian di dalam badan perundangan. Saya telah mengetahui beberapa kes di mana Deposit Mahkamah tidak dikeluarkan oleh Mahkamah walaupun Perintah untuk Pembayaran Keluar Wang (Order for Payment Out) telah dibuat beberapa bulan yang lalu. Saya mempunyai kes yang dikendalikan oleh saya dimana Deposit Mahkamah tidak dibayar keluar walaupun Mahkamah telah membuat perintah pembayaran keluar kira-kira 10 tahun yang lepas. Itu lah sebabnya mengapa saya mencadang “improve the delivery system”.



Saya mahu baca 3 email yang saya terima dari peguam-peguam (senior Counsel) dari Sarawak:



1. “Injunctions can have serious consequences on the injuncted party, eg, ex parte Mareva and Anton Pillar and mandatory injunctions. As of now, our Sessions Court Judges are not well trained or competent to handle these actions.”



2. “Idea is good if independence and competency can be assured. Declarations of law are usually against Government. Do Sessions Court judges have the courage to decide against the Government when they do not share the same tenure as High Court judges? If the idea is to push cases down simply, then it is a poorly considered cause. That will only result in more appeals.”



3. The Rules Sub-committee chaired by Chief justice of Malaya will meet on Friday, 9th July 2010 at Putrajaya to discuss proposed Combined Rules of all Courts. The Bar Council, Advocates Association of Sarawak, Sabah Law Association and Attorney-General of Malaysia are invited. It is better to have the Subordinate Courts Amendment Bill fully discussed and feedback by Rules Committee first before tabling in Parliament. Giving too much power and responsibility to Sessions Court Judges without any special training, pay rise and experienced research officers to assist them will lead to potential serious injustice to litigants and clog up the High court and appellate courts.



Saya mahu tanya, mengapa Bill ini tiada di rijuk kepada Bar Council dan juga Advocate Association of Sarawak dan Sabah Law Association sebelum ia di “introduced” di dewan yang mulia ini.



Parlimen ini harus mempertimbangkan untuk merujuk Bill ini kepada Select Committee. Mesti terdapat satu perbincangan dengan Bar Council dan juga Advocate Association of Sarawak dan Sabah Law Association.



Saya tidak menyokong pindaan untul membolehkan Mahkamah Sesyen mendengar kes Deklarasi dan Injunksi.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.