Pengguna menempah maut-Rakyat terpaksa pakai alat gantian tiruan kerana harga asli mahal sedangkan rakyat terbeban sara hidup yang semakin meningkat,siapa yang bersalah ????

Oleh MOHD. MARTIN KAHAR

martin.kahar@kosmo.com.my







PEMILIK kenderaan terdedah kepada kemalangan jalan raya berikutan penggunaan alat ganti tiruan pada kenderaan mereka. - Gambar hiasan



--------------------------------------------------------------------------------





KUALA LUMPUR - Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa hampir sembilan juta kenderaan di negara ini terdedah kepada kemalangan jalan raya berikutan penggunaan alat ganti tiruan yang berleluasa.



Jumlah tersebut yang meliputi 80 peratus daripada kira-kira 11 juta kenderaan di negara ini mungkin kelihatan melampau dan seolah-olah sengaja mahu menakut-nakutkan pengguna tetapi itulah hakikatnya.



Apa yang lebih menyedihkan ialah tauke-tauke kedai alat ganti tidak bertanggungjawab itu menipu pengguna supaya membeli alat ganti tiruan yang bisnesnya dianggarkan bernilai RM1 bilion setahun.



Presiden Persatuan Pemilik Kenderaan Bermotor Malaysia (MOVA), Ahmad Zaki Ariffin berkata, lebih separuh daripada pemandu kenderaan di negara ini berhadapan dengan risiko kemalangan dan kematian akibat gejala tersebut.



Berdasarkan kajian, sebanyak 40 peratus kemalangan jalan raya yang berlaku adalah disebabkan alat ganti yang tidak sempurna termasuk penggunaan alat ganti tiruan.



"Dalam kemalangan, terdapat dua faktor iaitu disebabkan kenderaan yang tidak sempurna dan faktor kecuaian.



"Keadaan kenderaan yang tidak sempurna ini termasuk penggunaan alat ganti tidak tulen seperti brek, tayar, tali sawat, dan komponen-komponen enjin lain," ujarnya kepada Kosmo!.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.