Bukti Rosmah Mansor berkuasa di Malaysia

Sunday, July 18, 2010



Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Kementerian Kewangan mempertimbangkan peruntukan bagi pembinaan Wisma Wanita di setiap negeri.



Beliau berkata pembinaan wisma berkenaan wajar bagi melancarkan pembangunan dan pembelaan kebajikan golongan wanita di negeri masing-masing.



"Wisma Wanita mampu dijadikan sebagai pemangkin bagi meningkatkan lagi pembangunan dan kemajuan kaum wanita.



"Ini adalah kerana kaum wanita memainkan peranan yang cukup penting sebagai isteri, ibu dan anak dalam memikul tanggungjawab kepada masyarakat dan negara dan mereka wajar dihargai," katanya ketika merasmikan Wisma Wanita Sabah di sini, Ahad.



Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan.



Rosmah juga berkata Wisma Wanita boleh berfungsi sebagai pusat sehenti bagi wanita yang memerlukan bantuan daripada pelbagai segi seperti latihan keusahawanan dan bimbingan dalam isu-isu melibatkan wanita dan keluarga seperti perkahwinan, perceraian, tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.



Mengenai Wisma Wanita Sabah, beliau berharap bangunan yang dibina atas tanah seluas dua hektar itu turut dijadikan sebagai destinasi pelancongan.



Katanya, bangunan itu turut menempatkan penjualan produk kraftangan berkualiti oleh wanita Sabah yang boleh dijadikan cenderamata untuk pelancong.



"Adalah diharapkan melalui peluang ini, para usahawan wanita tempatan akan lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak lagi produk berkualiti yang boleh dipasarkan mengikut kadar berpatutan," katanya.



Di samping itu, beliau berkata kewujudan Galeria Wanita di bangunan tersebut, yang mempamerkan maklumat mengenai pembangunan dan pencapaian wanita Sabah, juga mampu menjadi daya tarikan pengunjung.



Bangunan lima tingkat itu dibina pada 27 Sept 2006 dan siap pada 25 Nov 2008 dengan peruntukan RM18.725 juta oleh kerajaan negeri. - BERNAMA





wakahakahkahakahkahaka.setelah baca artikel di atas,aku simpulkan bahawa Rosmah mansor ini manusia ada power kat 1Malaysia nih.



inilah bukti Malaysia ini sebenarnya diperintah dari bilik tidur Najib.



sapo rosmah mansor nih?ADUN?AHLI PARLIMEN?SENATOR?kalau bukan kenapa dia berhak cakap camtu.

oh..dia hanya teman tidur PM saja.





Read more...

Posted by Warta 365

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.