Editor Suara Keadilan dipanggil polis susulan laporan KDN

July 18, 2010KUALA LUMPUR, 18 Julai – Editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib pagi tadi telah dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat Kementerian Dalam Negeri terhadap akhbar mingguan minggu lalu.




Dzulkarnain yang diiringi peguam Latheefa Koya, juga Ketua Penerangan PKR, telah berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selama sejam mulai pukul 9 pagi.



Dzulkarnain yang dihubungi berkata beliau telah diambil keterangan oleh pegawai penyiasat ASP Rejali Angong di Bahagian Siasatan Jenayah untuk memberi keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.



Dzulkarnain berkata beliau telah memberikan jawapan sepenuhnya kepada pihak polis.



“Siasatan memfokus terbitan akhbar berkala Keadilan yang dikeluarkan bagi menggantikan sementara Suara Keadilan,” katanya.



Dzulkarnain berkata beliau tidak menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh pegawai penyiasat.



Pada Selasa lalu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya kerana Kementerian Dalam Negeri mendakwa Suara Keadilan terus mengeluarkan penerbitannya secara tidak berkala berjudul “Keadilan” walaupun permit mingguan itu tamat tempoh sahlakunya pada 30 Jun lalu.



Pihak berkuasa mendakwa “Keadilan” telah menyiarkan sebahagian daripada surat Kementerian Dalam Negeri kepada Suara Keadilan bertarikh 2 Julai yang tertera perkataan “sulit” pada surat tersebut.



Kedua-dua dakwaan itu dibuat di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Rahsia Rasmi 1971.



Sehingga kini permit penerbitan akhbar rasmi PKR itu masih belum diperbaharui oleh kementerian.



Ketika ditanya sama ada polis akan memanggilnya lagi, Dzulkarnain berkata tiada petanda yang mereka akan memanggil beliau.



“Tiada indikator,” katanya.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.