Oleh: mikidookie
"Perdana menteri telah menyatakan bahawa penurunan sabsidi ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi taraf hidup di luar bandar. Ini kerana wang yang dapat dijimatkan dalam subsidi tersebut akan digunakan untuk tujuan tersebut. Oleh yang demikian,kata beliau pengurangan subsidi tersebut tidak membebankan rakyat langsung.
Bolehkah kita mempercayai kata-kata perdana menteri
ini? Kalau masa dahulu semasa pentadbiran Pak Lah minyak naik sehingga RM2.70 seliter beliau berkata rakyat masih mampu.
Inikah sikap yang ada pada seorang perdana menteri? Membuat perangkaan mengikut rasa hati sahaja. Apa yang dikatakan oleh
mereka adalah sama sekali tidak masuk akal.Sekiranya harga minyak naik, maka harga barang akan turut sama rasa tempiasnya.
Baiklah, disini saya hendak mengajar perdana menteri ilmu hisab, kalau tak tahu apa maknanya boleh tanya kat timbalannya.
Bagi harga RM1.80 seliter Purata rakyat malaysia menggunakan minyak 20 liter sehari:
RM1.80 X 20 = RM36.00
sebulan: RM36.00 X 30 = RM1080
Bagi harga RM1.85 seliter
RM1.85 X 20 =RM37.00 = RM1110
Maknanya rakyat terpaksa berbelanja RM30 lebih daripada biasa. Bagi golongan ahli politik BN, nilai RM30 memang tidak ada
makna. Ini kerana mereka memang hidup dalm dunia kemewahan. bagi golongan rakyat biasa RM30 itu adalah cukup bernilai bagi
mereka. Itu baru dinilai dari minyak, belum masuk perbelanjaan gula, beras, susu, tepung. Kalau kerajaan asyik merunggut
kata mereka terpaksa menanggung subsidi yang tinggi untuk rakyat, adalah lebih baik kerajaan yang ada sekarang undurlah
diri.Beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menguruskannya pula.Mari kita lihat apa yang Pakatan Rakyat boleh buat
untuk rakyat pula. Kepada pemimpin BN, kalau buat perangkaan tentang budget, minyak RM10 seliter pun mereka akan cakap
rakyat masih mampu. Entah bagaimana cara mereka buat pengiraan pun masih lagi misteri. Alamatnya Muhyiddin Yassin kena
fikir balik cadangan untuk mansuhkan UPSR dangan PMR. Lebih baik jangan mansuhkan, kalau mansuhkan lebih teruk pemimpin BN
yang akan datang. Lagi tak reti mengira.
Kerajaan seharusnya memikirkan bagimana cara untuk mendapatkan lebih banyak pelabur dari luar supaya dapat menambah pendapatan
negara. Bukannya dengan cara menekan rakyat. Apabila kerajaan menghadapi masalah kewangan, rakyat yang menjadi mangsa. Mengapa
rakyat yang perlu menanggung semua ini? Hakikatnya kerajaan yang harus memikirkan cara untuk untuk menambah pendapatan rakyat
dan bukannya dengan membebankan rakyat. Kepada semua rakyat Malaysia, bersama-samalah kita menjatuhkan BN pada pilihan raya
yang akan datang. Kalau kita tidak mengubahnya, nescaya satu hari nanti harga minyak RM10 seliter tidak mustahil akan menjadi
kenyataan.
http://www.fcbiosanitarypad.com
http://www.mysecretmodule.blogspot.com
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan