Chegubard bersama Penternak kerang merayu kepada Guan Eng.

Chegubard bersama penternak kerang Seberang Perai menuntut kepada Kerajaan Negeri P. Pinang agar mempertimbangkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS/TOL) diberikan terus kepada penternak kerang yang sedia ada.

Untuk makluman, semasa pemerintahan BN, kawasan penternak tapak kerang diberi kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

PNK sepatutnya mengusahakan sendiri tetapi mereka bertindak hanya mengaut keuntungan 'atas angin' terhadap penternak kerang.

Kerajaan Negeri hanya mengenakan kadar bayaran sewa kepada PNK hanya RM3.00 seekar tetapi PNK mengenakan kadar sewa kepada penternak kerang dengan kadar sewa yang sentiasa naik dan kini kadar sewa mencecah RM140.00 seekar.

Kemudian PNK juga mengenakan kadar cukai setiap guni kerang 50 sen kepada penternak kerang, ini ternyata telah membebankan mereka.

Tambahan pula kini pendapatan mereka terjejas akibat pembinaan Jambatan Kedua P.Pinang, pencemaran tempat pembuangan sampah Pulau Burung dan sisa buangan industri kilang.

Chegubard selaku Pengasas Solidariti Anak Muda (SAMM) menegaskan bahawa sistem 'orang tengah' warisan BN wajib dihapuskan segera.

Beliau cukup yakin dan percaya Kerajaan Pakatan Rakyat P. Pinang berjiwa rakyat di bawah kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng akan prihatin dan akan memenuhi hasrat permintaan penternak kerang tersebut.

Menurut Chegubard beliau menjangkakan umno akan cuba mengambil kesempatan isu ini dengan memainkan sentimen perkauman.

Beliau menegaskan dengan mengambil contoh penternak kerang berdaftar Seberang Perai Selatan (SPS) dari 12 orang penternak, 8 orang daripadanya adalah Melayu, mereka inilah ditindas oleh sistem 'orang tengah'.

Chegubard juga berharap Kerajaan Negeri PR P.Pinang akan menyewa tapak kerang terus kepada penternak kerang dan bukan lagi kepada 'orang tengah'.

Saudara Rizal Hamid selaku Timbalan Pengarah Pilihanraya DUN Sg Acheh turut hadir.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.