"

Ketua pemuda Fadilah Yusof, berkata ini adalah untuk mengelak provokasi dilakukan pembangkang. Ketua Pemuda jenis chap ayam, yang dia nampak provokasi akan selalunya dari pembangkang. Adakah pihak PBB dan BN tidak pernah dan tidak pandai berprovokasi? Baiknya wooo.....
Dia juga berkata supaya pilihanraya aman dan teratur. Bebalkah SPR dan pihak polis kalau dipanjangkan tempoh kempen seperti sebelumnya. Adakah SPR dan polis akan tergagap-gagap dan menjadi tak tentu hala sekiranya tempoh kempen dipanjangkan. Untuk menjadikan pilihanraya aman dan teratur bukannya memutar belit tempoh kempen.
Sebenarnya mereka takut. Bayang-bayang Hosni Mubarak ada di hadapan mereka. 'Dah lama dah', bak kata Mahathir. Hendak menghalau Taib mereka takut, hendak mengekalkan Taib mereka lagi takut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan