Tak sangka Muhyiddin takut PAS di Sarawak


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 19 Feb: Tan Sri Muhyiddin Yassin membelasah PAS di Sarawak menandakan PAS menjadi ancaman kepada BN di Sarawak, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
PAS, katanya tidak menyangka Timbalan Presiden Umno itu begitu gerun dengan kewujudan PAS di Sarawak sehingga membuat tuduhan liar kepada PAS sebagai parti yang mengarut dan membawa pecah belah kepada masyarakat.
Muhyiddin turut memberi amaran kepada rakyat Sarawak supaya menjauhi PAS.
“PAS merasa bangga dengan kenyataan Muhyiddin, secara tidak langsung mengiktiraf kekuatan PAS di Sarawak,” ujarnya.
Tambahnya, taktik Muhyiddin menghentam PAS hanya sebagai strategi untuk menutup kelemahan BN yang memerintah Sarawak.
Katanya, sebagaimana Muhyiddin mendedahkan 600 buah sekolah di seluruh negara berada di dalam keadaan yang dhaif, sebahagiannya  sekolah berkenaan terletak di Sabah dan Sarawak sehingga ada yang mahu sujud ke bumi.
“Siapakah yang memerintah Sarawak dan Sabah sehingga bangunan sekolah begitu dhaif sekali?” soalnya.
Menurutnya lagi, apabila hampir pilihan raya maka pemimpin BN sibuk  menyelami masalah rakyat, justeru selama 53 tahun apa pemimpin BN lakukan untuk membangun Sabah dan Sarawak.
“Ke mana hasil balak, minyak Sarawak? Tan Sri Muhyiddin kena malulah sikit,” katanya.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.