Takziah Buat Keluarga Allahyarham Zakaria Yasin Pengarah Majlis Tindakan DUN Pas

PAS Perak ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum Zakaria Yasin ( Pengarah Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang ) 51 Tahun, diatas pemergiannya kerahmatullah awal pagi 14 Februari 2011.

Beliau merupakan, Pengarah Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiusaha PAS Kawasan Lumut, Ketua Penerangan PAS Kawasan Lumut dan Pengerusi bersama Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Lumut

Beliau telah meninggal dunia jam 1.00 pagi 14 Februari dalam perjalanan ke hospital setelah mengadu sakit dada, Jenazah beliau disembahyangkan di Surau MADAH Fasa 1A Seri Manjung jam 10.00 pagi tadi dan disemadikan di kampung Relau Batu Kurau, Perak. Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat PAS Perak.
PAS Perak melihat, walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar bagi PAS Perak, tetapi Almarhum telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT.
Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An'biya, Syuhada' dan Solihin.
Salam Takziah
Ustaz Abu Bakar bin Hussain
( PESURUHJAYA PAS PERAK )

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.