Langkah-langkah kepada bekas mahasiswa untuk menuju dunia keusahawanan

Apabila membGo to fullsize imageeri istilah ‘bekas mahasiswa’ iaitu suatu istilah baru bagi saya, umum harus memahami bahawa ia membawa makna seseorang yang telah bergraduasi atau lepasan ijazah. Dalam zaman kini, riuh diperkatakan tentang masalah pengangguran dalam kalangan lepasan ijazah atau bekas mahasiswa ini tanpa mengira universiti dan bidang. Satu bidang yang ramai mengesyorkan ia ialah bidang keusahawanan.


Usahawan sebenarnya adalah seseorang yang memiliki sifat kreatif dan inovatif yang akan membawa kepada penciptaan barangan baru dalam dunia pasaran. Oleh itu, sebelum sesuatu barangan baru itu diperkenalkan ke dalam pasaran, maka suatu proses keperluan mengeluarkan barangan tersebut akan berlaku. Hal ini akan membuka kepada pekerjaan baru dalam pasaran.

Ramai mengakui bahawa, para bekas mahasiswa seharusnya menceburi bidang usahawan ini dengan lebih agresif dan berdaya saing. Oleh itu, persoalan yang timbul ialah apakah langkah-langkah yang harus dimiliki untuk bergelar usahawan muda?

Bagi saya, persoalan ini amat mudah dijawab. Antara langkah seorang lepasan ijazah yang berhajat menceburi bidang keusahawanan ialah beliau haruslah memiliki matlamat yang jelas. Bak kata pepatah, kunci kejayaan diri seseorang adalah wujudnya tujuan hidup atau matlamat. Oleh itu, bagi seseorang yang mengimpikan sesuatu kejayaan, yang paling penting bagi saya ialah matlmat hidupnya yang tepat dan jelas. Sebagai seorang usahawan, seseorang itu memerlukan matlamatnya sendiri agar setiap gerak kerja dan kehidupannya memiliki hala tuju yang jelas dan teratur.

Langkah kedua yang harus ada pada diri seseorang lepasan ijazah untuk menjadi usahawan berjaya ialah mempunyai perancangan yang baik. Tidak kira perancangan jangka pendek atau jangka panjang, yang penting di sini ialah keperluan untuk merancang demi bidang keusahawanan dan kehidupan diri sendiri. Seperti yang ramai sedia maklum, kita adalah perancang dan penentu hidup kita, maka melalui konsep tersebut telah membuktikan bahawa peripentingnya perancangan yang tersusun rapi itu kepada seseorang yang bergelar usahawan muda.

Langkah ketiga yang harus diambilkira ialah memiliki imej kendiri yang baik atau positif. Imej kendiri yang positif seperti yakin, berani, jujur dan bijak merupakan suatu momentum pertama sebelum menggerakkan sesuatu tindakan yang mampu membawa perubahan dalam kehidpuan. Jika seseorang usahawan memiliki perasaan takut, malu, bosan dan benci, maka penonjolan imej tersebut melalui tindak tanduk juga akan berbeza dan menjadi lemah sehingga mempengaruhi bukan sahaja bidang keusahawanan yang diceburi, malah mampu mempengaruhi orang disekeliling untuk turut berasa lemah.

Langkah keempat ialah keyakinan diri atau kesungguhan untuk bergelar usahawan. Maznah Hamid seorang pakar motivasi dan usahawan berjaya pernah mengungkapkan bahawa bidang keusahawanan ini seperti medan peperangan yang memerlukan persediaan yang rapi untuk menggapai kemenangan. Sebagai seorang pejuang di medan perang, haruslah memiliki strategi, senjata yang cukup dan baik, mengetahui selok belok medan peperangan, mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pasukan, dan juga yakin untuk memulakan serangan terhadap musuh.

Langkah kelima yang perlu ada untuk bergelar usahawan ialah cabar potensi diri dan sikap diri. Untuk memperoleh kejayaan dalam bidang usahawan, sikap negatif tidak perlu ada dalam diri. Oleh itu, ia harus dibuang jauh-jauh dan cara pemikiran juga harus ditukar. Apabila cara pemikiran kita berubah, maka ia akan memberi kesan kepada tindakan kita yang turut akan mengalami perubahan yang akhirnya memberi kesan optimum terhadap bidang keusahawanan tersebut.

Langkah terakhir yang saya ingin kongsi ialah berkenaan bakat seseorang usahawan. Seperti yang pernah diperkatakan oleh Bob Hope bahawa bakat merupakan nombor 10 dalam senarai yang mesti ada bagi seseorang untuk berjaya. Bakat adalah bukan sejak azali, ia boleh dibentuk, dididik melalui aktiviti, latihan dan sebagainya.

Bidang keusahawanan sememangnya memiliki peluang yang agak cerah jika ia benar-benar diamati dan diambil serius terutama lepasan ijazah. Seharusnya, mentaliti kerja yang sesuai untuk lepasan ijazah ini ialah pegawai haruslah dikikis demi survival kualiti dan imej lepasan ijazah dimata masyarakat umum. Mana-mana manusia atau pekerja tidak mampu menjadi kaya jika bekerja sebagai makan gaji, namun manusia dapat menjadi bos dan kaya sekiranya mengamalkan bidang keusahawanan secara serius dan istiqomah.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.