Najib telah menyenaraikan pengerusi-pengerusi dan timbalan-timbalan pengerusi perhubungan UMNO negeri semalam. Tumpuan khasnya diberi kepada negeri-negeri yang BN kalah seperti Selangor, Wilayah, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Semua pengerusi-pengerusi di negeri ini terdiri dari pemimpin dari negeri lain mungkin perlantikan mereka di atas kapasiti mereka sebagai Presiden, Timbalan dan Naib-naib Presiden kecuali Kelantan Dato Mustapha Mohammad.
Contohnya yang menarik ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah ialah Shafiee Apdal dari Sabah dan Timbalan Pengerusi ialah Mahdzir Khalid.
Amalan yang sudah-sudah sejak dari pemerintahan Tun Mahathir dan Pak Lah peranan pengerusi-pengerusi perhubungan UMNO negeri ini hanya seperti ”rubber stamp” sahaja. Timbalan Pengerusi yang lebih camca dari bubur kerana pengerusi sibuk di peringkat persekutuan.
Timbalan-timbalan ini yang kerap mencorak politik UMNO negeri tersebut manakala pengerusi hanya turun bertemu exco-exco perhubungan UMNO negeri hanya untuk mendengar lapuran indah dari pelakon-pelakon ini.
Ketua-ketua UMNO cawangan dan ahli–ahli hanya dapat melihat dari jauh atau pun di pertontonkan seperti tayangan wayang kulit. Ahli-ahli dan rakyat hanya syok, seronok dan terhibur dengan bayang-bayang dari lampu dibelakang tok dalang.
Pengerusi-pengerusi ini tidak menyelami sedalam-dalamnya sepak terajang politik UMNO negeri itu dan kerapkali mereka ”play safe”.
Kesimpulannya DS Najib harus pantau rapat-rapat pengerusi-pengerusi ini supaya peranan mereka betul-betul membawa perubahan senario politik negeri-negeri tersebut dalam lain perkataan jangan banyak bermain dengan bayang-bayang seperti wayang kulit
http://mummyrokiah.blogspot.com/
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan