‘One Malaysia’: Suatu pandang sisi dari Mahasiswa*

Andai cogan kata “One Malaysia” itu diungkapkan terlebih dahulu oleh Dato’ Seri Anwfaridzular Ibrahim atau YB Nizar, ia mungkin lebih meyakinkan dan disambut oleh majoriti rakyat Malaysia tanpa rasa syak dan sangsi. Namun, masalahnya, tema yang baik ini diungkapkan vis a vis dipopularkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato’ Seri Najib Tun Razak.


Seiring dengan komitmen yang diungkapkan oleh beliau untuk membentuk “One Malaysia”, beliau juga mengisytiharkan beberapa pengumuman yang mungkin berjaya untuk menambat hati rakyat Malaysia andai ia dibuat 10 atau 20 tahun yang lalu. Namun, kini, tahun 2009, manifesto sedemikian kelihatan gagal untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN.

Secara asasnya, slogan “One Malaysia” yang merangkumi citra murni YAB PM merupakan suatu perkara yang sangat baik. Apatah lagi ia diserikan dengan pembebasan 13 tahanan ISA, pemberian kembali permit akhbar kepada Harakah dan Suara Keadilan dan janji untuk mengkaji semula ISA secepat mungkin. Namun, sebagaimana yang diutarakan sebelum ini, YAB PM mungkin terlupa bahawa tahun ini tahun 2009, bukan lagi 1909, 1949 atau 1989.

Masyarakat hari ini lumrah dan fitrahnya amat berbeza dibandingkan dengan masyarakat lampau. Latarbelakang pendidikan yang baik, pendedahan yang lebih meluas serta pengalaman ditipu beberapa kali dengan janji-janji yang tidak ditepati sudah cukup untuk mendidik masyarakat untuk menjadi lebih matang dan berpengetahuan.

Benar, YAB PM telah pun membebaskan 13 tahanan ISA. Beliau juga telah menarik kembali penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan. Namun soalnya, mengapa tidak dibebaskan semua tahanan ISA? Atau membawa mereka ke muka pengadilan untuk dibicarakn secara adil dan saksama mengikut lunas undang-undang sedia ada? Dan mengapa tidak dikeluarkan “circulation order” bahawa media-media arus perdana harus melaporkan berita yang tepat dan sahih serta tidak berpihak?

Kaji semula ISA. Suatu manifesto yang cukup indah didengar. Lazimnya, andai ia ingin dikaji semula, seharusnya sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan untuk mengendalikan “re-reseacrh” tersebut. Pendapat umum diambil kira. Namun sehingga kini, none of them are visible.

Saya sebenarnya secara peribadi sedikit sangsi dengan kesungguhan YAB PM untuk menjalankan kajian semula ISA secara menyeluruh dan bijaksana. Andai disemak kembali Parliament’s Hansard sekitar tahun 1959 dan 1960, kita pasti menemukan suatu fakta yang tidak akan dapat disangkal oleh sejarah; bahawa Tun Abdul Razak bertanggunjawab terhadap pengenalan ISA dan pembentangannya di Parlimen tahun itu.

Beliau antara lain menegaskan bahawa perlunya diluluskan Akta ISA ini demi kepentingan umum dan kesejahteraan Negara selain menghalang sebarang aktiviti subversif seperti Parti Komunis Malaya (PKM). Meskipun Ordinan Darurat telah berjaya dimansuhkan pada tahun 1959 atas alasan bahawa PKM sudah tidak wujud dan tidak lagi membahayakan, ISA pula diperkenalkan pada tahun 1960 yang mirip seperti Ordinan Darurat.

Kerna itu, mampukah YAB PM menghapuskan sebuah legasi besar tinggalan ayahandanya?

Kita sebenarnya yakin bahawa komitmen beliau untuk mengkaji semula ISA tidak semestinya disusuli dengan iltizam beliau untuk memansuhkan ISA. Justeru, wajarkah kiranya kita mengandaikan bahawa kaji atau tidak kaji, sama sahaja.

Apatah lagi YAB PM sebelum ini pernah menyatakan janji beliau kepada mahasiswa untuk mengkaji semula AUKU sekitar tahun 2005, namun, usahanya tidak dapat dikesan sehinggalah ia direalisasikan oleh Datuk Khaled Nordin.

So, what can we expect?

—————————-

^Penulis ialah Presiden Kelab Ma’aruf Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) merangkap Jurucakap dan Pengkaji strategik bagi Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA)

*Tajuk asal posting ialah “One Malaysia”; A Rethorical Optimism? 1 di blog beliau di sini.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.