Perhebat perjuangan mansuh PPSMI

Bersyukur ke hadrat Illahi dipanjangkan usia, dapatlah kita bermuzarakah isu semasa baGo to fullsize imagegi kepentingan ummah, bangsa, tanah air, keluarga dan diri sendiri. Kali ini Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan dibahaskan memandangkan isu hangat sebelum ini, menjadi suram berikutan pelantikan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran baru.


Perdana Menteri sebelum ini, Dato' Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi, pada penghujung pentadbirannya meminta isu PPSMI ini diselesaikan segera. Gesaan ini dibuat selepas perhimpunan 100,000 rakyat di ibu kota pada 7 Mac yang mendesak PPSMI dimansuhkan sekali gus mengembalikan maruah dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Sayang sekali Abdullah setakat membuat gesaan pada penghujung kuasa; tiada yang mempedulikannya.

Gesaan Abdullah itu dipercayai ditujukan kepada Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Hussein. Amat malang, beliau yang juga Ketua Pemuda Umno, gagal menyahut permintaan Abdullah sebaliknya memperlekeh pejuang bahasa dan rakyat yang bergerak melalui Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dengan menuduh mengapa mereka baru mempersoalkan perkara itu dan kononnya pada masa permulaan PPSMI enam tahun lalu mereka diam membisu.

Hishammuddin berhelah demi menyelamatkan tengkok dan kerjaya politiknya. Beliau boleh bersandiwa kerana sebelum dia menjadi Menteri Pelajaran pada 2004, bantahan pejuang dan cendekiawan Melayu dan aktivis pendidikan Cina dan India sungguh hebat terhadap projek bikinan PM ketika itu, Dato' Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad, tetapi tidak dipandang sebelah mata akhbar arus perdana. Malah media massa menggelapkan bantahan cendekiawan dan rakyat berhubung pelaksanaan PPSMI. Merekalah pengampu kepada projek Dr Mahathir yang dibuat tanpa sebarang kajian emperikal itu.

Kini Hishammuddin berlepas tangan; dia bukan lagi Menteri Pelajaran atau Ketua Pemuda yang kerap menghunus keris, kononnya bagi mempertahankan hak orang Melayu. Apabila bahasa Melayu sebagai satu-satunya warisan bangsa Melayu terhakis melalui PPSMI, Hishammuddin gagal berbuat apa-apa; malah dia adalah pendukung kuat PPSMI yang bertindak menghina dan memperlekehkan pejuang bahasa Melayu yang vokal menyertai perarakan rakyat seperti Sasterawan Negara, Dato' Samad Said dan Dato' Hassan Ahmad.

Kita berpendapat sekalipun dengan pengunduran Abdullah dan bertukarnya portfolio Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri (KDN), pergerakan mendaulatkan bahasa Melayu melalui pemansuhan PPSMI wajar diperhebatkan segera bagi menyambung momentum sedia ada; jika tidak ia akan tenggelam dalam rakusan kuasa sang pemerintah yang begitu bijak mengelabui mata rakyat. Rejim baru ini bijak memanipulasi keadaan, misalnya dengan pemasyhuran Perdana Menteri baru diumumkan besar-besaran pembebasan 13 tahanan ISA tetapi disembunyikan penahanan baru.

Rejim baru ini juga dibayangi tokoh pelaksana PPSMI. Ini kerana kelibat Dr Mahathir semakin kerap dilihat bersama pemimpin utama negara dan dia juga semakin lantang bersuara. Berdasarkan berbilion ringgit dibelanjawakan untuk menjayakan PPSMI dan perkembangan semasa, kita tidak dapat melihat bagaimana PPSMI dapat dimansuhkan dalam masa terdekat. Kita percaya tekanan hebat akan dikenakan ke atas pejuang bahasa dan cendekiawan yang mahu mengembalikan maruah dan kedaulatan bahasa Melayu kerana tokoh yang 'mempersenda' mereka (Hishammuddin) kini berada di kedudukan tertinggi hal ehwal dalam negeri yang pada bila-bila masa boleh 'meng-ISA-kan' mereka.

Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran juga tidak membantu dalam perjuangan GMP. Ini kerana beliau lebih sibuk membina imej dan sokongan untuk ke puncak kuasa; jadi satu-satunya pilihan yang ada kepada pencinta bahasa Melayu yang juga bahasa kebangsaan, menaikkan sebuah kerajaan baru yang insya-Allah akan meletakkan bahasa Melayu ke kedudukan asalnya. _

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.