UMNO dilihat bagaikan mahu menindas golongan muallaf! Kenyataan Nazri dan UMNO berhubung isu status agama anak-anak baru-baru ini cukup mengerikan umat Islam.
Secara ringkasnya anak-anak bawah umur tak boleh masuk Islam jika salah seorang dari ibu atau bapa mereka masuk Islam, dibawah usul UMNO ini. Usul ini mungkin bercanggah dengan Perlembagaan kerana hal-hal berkaitan Islam sepatutnya berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Berhubung keputusan kerajaan untuk mengekalkan status agama anak berdasarkan agama ibu bapa semasa berkahwin, banyak masalah yang akan timbul. Sebagai contoh, menurut kefahaman saya, antara kesannya ialah:
1. dalam semua kes di mana si suami atau isteri masuk Islam, anak-anak mesti terus kekal dalam agama lama seperti hindu, kristian dan sebagainya, sekalipun anak tersebut sudah boleh berfikir dan ingin masuk Islam.
2. dalam semua kes di mana si suami atau isteri masuk Islam, dan hak penjagaan diberikan kepada yang pasangan yang masuk Islam pun, si anak mesti kekal dalam agama bukan Islam. 3. dalam semua kes yang melibatkan isu penceraian antara Muslim dan bukan Muslim, mahkamah syariah tidak akan dibenarkan terlibat, hanya mahkamah sivil saja yang berhak.
Saya keliru benarkah begitu kesannya. Jika benar, atas dosa apakah umat Islam ditindas begini? Kepada penyokong UMNO, sedarkah anda bahawa agama anda sedang dipertaruhkan?
Kenapalah isu sebesar ini diputuskan begitu saja tanpa perbincangan dengan cerdik pandai Islam dan ulama’?
Di sini disertakan link untuk salah satu isu tersebut:
http://www.malaysianbar.org.my/legal/general_news/time_to_convert_policy_to_law.html
"
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan