Tiada sengketa antara Nik Aziz-Hadi

Tidak wuGo to fullsize imagejud persengketaan atau konflik kepimpinan antara dua pemimpin tertinggi PAS, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun hari ini.

Beliau berkata, khabar angin kononnya berlaku perpecahan antara Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya merupakan khabar angin yang digembar-gemburkan tertentu terutamanya media.


Hakikat sebenarnya, katanya, konflik yang digembar-gemburkan itu hanyalah perbezaan pendapat antara keduadua pemimpin dan ini adalah lumrah di dalam kepimpinan yang mengamalkan demokrasi.

"Oleh itu, ahli parti harus bertenang dan tidak mudah mempercayai sesuatu kenyataan yang berbentuk kontroversi," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa badan itu masih belum berbincang berhubung kenyataan anak Mursyidul Am itu, Nik Abduh yang percaya pembantu-pembantu bapanya berkonspirasi dengan niat untuk melaga-lagakan bapanya dengan Abdul Hadi.

Abdul Fatah berkata, sebarang kata putus mengenai isu itu hanya akan ditentukan oleh Mursyidul Am itu yang akan pulang daripada menunaikan umrah di Mekah pada 2 Mei ini.BERNAMA

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.