Bahaya Di Semua Bukit

" Gabungan Pakatan Rakyat dari PAS,PKR & DAP diminta berwaspada dengan bahaya disemua kawasan dun dan parlimen yang mereka wakili memandangkan cabaran getir kali ini akan datang serentak dengan pilihanraya kecil di tiga bukit iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau & Bukit Lanjan.

Apakah hikmah disebalik kejadian ini hanya Allah sahaja yang tahu, ketiga-tiga pilihanraya kecil ini tidak akan menambahkan lagi kerusi kepada Pakatan Rakyat memandangkan kerusi-kerusi wakil rakyat yang kosong bersebab dengan pulangnya ke Rahmatullah Hj Roslan Shaharum dari PAS-Parlimen Bukit Gantang, perletakkan jawatan exco dan adun untuk V. Arumugam & Elizabeth Wong masing-masing mewakili PKR untuk Dun Bukit Selambau & Bukit Lanjan.

Kudeta rampasan kuasa secara haram di Perak, sogokan wang, penculikan adun, penghinaan institusi mufti, istana, SPR, ugutan bunuh dan penyebaran gambar separuh bogel adun melengkapkan lagi kejahatan pihak UmnoBN yang semakin lama semakin ganas dan jahat dan ianya semakin membimbangkan bilamana teraju negara ini akan diambil oleh Dato Seri Najib Tun Razak dari Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang terpaksa bersara awal gara-gara tekanan dari rakyat yang mahukan perubahan termasuklah dari dalam Umno dan BN sendiri yang mahukan teraju negara ini diganti.


Ketiga-tiga pilihanraya kecil ini adalah kayu pengukur yang cukup penting buat Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional memandangkan BN sudahpun gagal sejak 8 Mac 2008 lagi dengan kalah di 5 negeri, kurangnya majoriti 2/3 parlimen, kalah pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.


Sedia maklum UmnoBN akan berbuat apa sahaja asalkan imej Dato Seri Najib dapat diangkat sebelum penyerahan kuasa kepada beliau, balaci-balaci mereka sekarang ini sedang bekerja keras sekarang dengan kaedah kotor matlamat menghalalkan cara.


Ayuh bangkit wahai rakyat Malaysia jangan kita biarkan nasib malang kita terus berulang 50 tahun lagi, kita semua mesti bangkit menentang kezaliman dan kejahatan Umno Barisan Nasional. Gendang perang sudah dipalu menuntut kita turun ke medan jihad. Jihad secara aman melalui piliharaya sehingga keringat, darah dan nyawa kita ditentukan Allah...


Awas bahaya dari bukit... semangat Gunung Semanggol akan menelan semua bukit...

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.