"Dengar tajuk memang amat menggembirakan. Ramai yang akan bertepuk sakan kalau benar-benar terjadi. Boleh ke Dolah yang kuat lena nak buang Najib yang kuat pekena? Payah ooi, easier said than done... kata omputih. Tetapi tidak mustahil Najib merancang Dolah merancang. Najib ada Bik Mama jadi penasihat, Dolah ada biawak-biawak ditingkat 4. Semua tu boleh bagi nasihat kalau nak pekena orang Cuma mereka tak boleh bagi nasihat macam mana nak naikkan ekonomi Malaysia ataupun macam mana nak naikkan ranking Paklah yang semakin menurun.
Tapi kalau nak pekena orang, nak buat naya kat orang, nak bunuh orang , puak UMNO semua pakar. Sebab depa bergurukan setan dan iblis... Tak caya ke?
Sebab apa Najib nak ditumbangkan. Apa yang kena Najib nih. Senang saja. Kalau Najib naik nanti, scomi tinggai macam mameee saja. Scomi tinggal sebungkuih lima kupang. Saham scomi akan jatuh lebih rendah daripada saham mamee.. Itu metsi. Kalsu hangpa tak caya hangpa tengoklah nanti. Aku pun dah juai semua saham aku dalam scomi... Aku tak sanggup tanggung risiko. Lebih baik beli saham mamee.. Tu baguih....Rapid KL, Rapid Penang.. akan tinggai taraf mat rempit saja. Takdak nilai dah... Anak Dolah yang nama Kamaludin ( yang meniaga luaq negeri.. kata Dolah ) akan jadi setaraf mat skodeng. Tak boleh niaga dah. Takkan Paklah nak biarkan anak dia mati kebuluq? Sultan Perak pun sanggup serah Perak kepada UMNO hanya kerana nak bagi Gamuda hidup. Inikan Dolah, seorang ahli politik biasa yang bukan bertaraf raja..
Kedua, Dolah dari awai lagi tak suka Najib. Dolah suka Muhyidin sebab tu Dolah lambatkan perlantikan TPM sampaikan mamak madet beberapa kali jerekah Dolah. Last-last sebab banyak sangat tekanan, Dolah lantik Najib dalam keadaan terpaksa. Sebab Dolah nakkan Muhyidin sebagai penggantinya , bukannya Najib. Dua-dua ekoq tu pun jahat, tapi jahatlah lagi Najib. Kalau nak tau Najib jahat ke tak, tanya Ziana Zain, apa jadi Di PD? Dan Najib tak pernah bersumpah pun untuk menafikan perkara ini. Kesian pulak aku tengok laki Ziana Zain...... dah nasib badan, dapat bini bekas orang godam....
Ketiga, Najib menyebabkan nama Dolah makin merundum selepas perampasan Perak dari PR. Paklah tak tau apa pun rancangan Najib. Tu yang dia macam orang bodoh bila orang tanya tentang pertukaran kerajaan Perak. Tu yang di pintas Najib dan lantik Zambry mamak untuk jadi MB. Sedangkan Najib nakkan Hamidah, iron lady Perak jadi MB. Mula-mula Najib pekena Dolah, kemudian Dolah pekena Najib. eloklah tu.. hangpa bergaduh biaq sampai UMNO mampuih. Lepai tu dua-dua kita kambuih ataupun kita selimutkan jadi hantu bungkuih.,.
Keempat, Dolah marah sungguh sebab sewaktu dia balik dari Arab, pejabat dia dah diclearkan macam puak-puak UMNO clearkan meja MB Nizar. Nizar tak apalah jugak sebab dia raja dah pecat. Ni Dolah , sapa pecat. Nampak sungguh Najib tak sabar-sabar nak gantikan Dolah. Celaka Dolah kata, aku belum berhenti, hangpa dah clear pejabat aku. Dulu aku nak letak jawatan tahun 2010, hangpa suruh cepatkan, ni hangpa dok clearkan pulak pejabat aku... Hangpa nak kena nih.. Itulah antara kata-kata Dolah...
Kelima, Dolah masih boleh terus jadi PM walaupun bukan jadi Presiden UMNO . Dolah masih Pengerusi BN. Yang perintah negara bukan UMNO, tapi BN. Dan Pengerusi BN tak mestinya Presiden UMNO. Maka dengan menggunakan hujah ini, Dolah masih terus jadi PM sampailah PRU 13 nanti.Aku harap pun macam tu lah jugak. Lagi pun sekarang ramai orang dok minta Dolah teruskan jadi PM termasuklah Hj Hadi dan TGNA. Hebat tu, depa tu ulamak terkenal. InsyaAllah apa yang mereka hajati akan jadi kenyataan. Apa Najib nak buat, Najib nak buat undi tak pecaya? Jangan buatlah Najib sebab hang mesti kalah. Gerenti sebab dalam UMNO pun ada team Dolah. Dalam PR semua team Dolah. DSAI pun sokong Dolah. Mana DSAI mau dengan Najib anak didik mamk madet ni? Kalu naik anak didik madet ni, alamatnya Sungai Buluh sedia menanti...
Berdoalah kita akan perkara ini jadi kenyataan..."
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan