SPR Makin Tidak Demokratik

" Ternyata kini benarlah telahan semua pihak bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kini tidak lagi menjadi badan bebas. Rupa-rupanya badan itu kini benar-benar menjadi "tali barut" dan merupakan sebahagian daripada UMNO BN. Sungguh meleset sekali sangkaan kita selama ini bahawa SPR pasti akan berubah dengan perlantikan Pengerusi yang baru bagi menggantikan Tan Sri Abd Rashid hujung tahun lalu. Harapan kita untuk melihat imej SPR yang telah tercalar sejak sekian lama kembali bersih nampaknya kini tinggal igauan semata-mata.

Perginya Tan Sri Rashid dengan digantikan oleh Tan Sri Aziz Yusof diharapakan memberi sinar baru terhadap amalan demokrasi di negara ini, nampaknya kini semakin tandus dan berada dalam kesamaran. Kemenangan PAS di pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini yang kita sangkakan memberi harapan baru buat rakyat kini hanya tinggal khayalan semata-mata. SPR yang kita sangka bakal berubah kini terus berada ditakuk lama, malah lebih teruk dari itu. Justeru itulah terkadang kita naik hairan kerana belum pernah ada dalam sejarah pilihanraya di Malaysia, Pengurus Pilihanraya meletakkan jawatannya akibat kesalahan dalam pilihanraya. Ini berlaku di Kuala Terengganu baru-baru ini. Biarpun berbagai helah dan tipu daya dilaksanakan, namun rakyat membuktikan bahawa suara mereka adalah suara keramat. Dan akhirnya mereka memenangkan calon PAS, Abdul Wahid Endut mengalahkan calon BN, Wan Farid dengan majoriti 2,631 undi.

Kini, dua pilihanraya kecil lagi bakal menjelma, satu untuk kerusi Parlimen di Perak dan satu untuk kerusi DUN di Kedah. SPR yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi apabila enggan menerima surat rasmi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar berhubung dengan perletakkan jawatan dua bekas Exco dan ADUN PKR di negeri itu baru-baru ini. Dalam mesyuarat SPR untuk membincangkan tentang surat perletakan jawatan dua ADUN di Perak yang dihantar oleh Speaker DUN itu terdapat seseorang yang dikenali sebagai Hasnizam telah mengarahkan SPR untuk melakukan apa saja, asalkan pilihanraya kecil dikedua-dua DUN ini dapat dielakkan. Dan itulah sebabnya, mengapa SPR menolak surat perletakan jawatan tersebut, sedangkan SPR sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk menjadi hakim, dalam menentukan sama ada surat perletakan jawatan itu sah atau tidak. Tindakan ini dilihat sebagi petanda awal bahawa SPR sudah mula bertindak sebagai tali barut UMNO dan semakin tidak demokratik demi kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Jika begini keadaannya, apakah kita boleh yakin dan pasti pilihanraya umum akan datang SPR akan berlaku "telus dan adil" seperti motto korporat mereka. Soalnya disini siapakah Hasrizam yang dikatakan begitu berkuasa untuk mengarahkan SPR berbuat sesuatu demi menyelamatkan maruah seseorang. Siapakah rakyat Malaysia ini, yang jelas sekali tiada maruah dan harga diri itu?. Menurut sumber maklumat yang sahih, Hasnizam adalah Penasihat Undang-Undang UMNO yang amat digeruni. Kelibatnya sering dilihat tatkala ada mesyuarat khas yang melibatkan Lembaga Disiplin UMNO. Beliau sering dilihat selalu berdiri belakang Tengku Ahmad Rithaudeen. Dikalangan para peguam-peguam dan nama Hasnizam ni memang terkenal kerana dia merupakan seorang peguam yang tidak pernah masuk ke mahkamah, tapi namanya cepat melonjak kerana kaitan beliau dengan UMNO. Maka itu jelas dapat dilihat bahawa penentuan tarikh pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau semalam adalah mengikut arahan Hasrizam yang merupakan kuda tunggangan Najib Razak sebenarnya. Najib merasa selama bila orang seperti Hasrizam melengkapkan skripnya dengan SPR. Dek kerana itulah kita tidak hairan SPR menunggu terlalu lama untuk menetapkan hari pencalonan dan juga tarikh pengundian kedua-dua pilihanraya itu. Tarikh pencalonan 29 Mac iaitu sehari selepas pemilihan UMNO jelas sekali amat memalukan dan tidak wajar berlaku. Seolah-olah nampak benar Najib takut jika pilihanraya di buat lebih awal dari itu bagi menjaga imejnya yang kian tercalar kini. Tambah mengelirukan dan memalukan ialah SPR tanpa segan silu menetapkan tarikh 7 April 2009 sebagai hari pengundian. Sedangkan beliau tahu tarikh tersebut jatuh pada hari Selasa dan bukan hari cuti am. Apakah bebalnya SPR memilih hari bekerja sebagai hari pengundian?. Bukankah ini akan menyusahkan pengundi yang bekerja dan berada di perantauan untuk mengambil cuti balik ke kampung halaman masing-masing bagi membuang undi?.

Kes yang sama telah berlaku di Permatang Pauh dulu. SPR seolah-olah tidak belajar dari kesilapan dengan memilih hari bekerja sebagai hari membuang undi kedua-dua pilihanraya kecil tersebut. Sungguh hina benar bila kita melihat otak Pengerusi SPR yang terlalu dangkal seperti itu. Macamlah beliau tidak belajar dan mengkaji rasional diadakan pilihanraya pada hari bekerja. Walhal sepatutnya hari yang penting itu wajib diadakan pada hari cuti am terutamanya hari Ahad. Kenapa dipilih hari Selasa dan bukan hari Isnin atau Jumaat?. Ini kerana puak-puak UMNO terutamanya Najib Razak tahu bahawa jika ia dibuat pada hari Isnin atau Jumaat, maka ia akan memudahkan pengundi merancang untuk balik ke kampung halaman masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab tersebut. Maka, dipilihnya hari Selasa, yang sudah pasti menyebabkan kesusahan kepada ramai pengundi luar, sedangkan hari Isnin mereka terpaksa bekerja dan kemudian bergegas balik untuk membuang undi. Bukankah ini satu perbuatan yang jahil serta menghina para pengundi sebenarnya. Mengapakan Pengerusi SPR yang baru sanggup bertindak sedemikian. Pertamanya melambat-lambatkan proses pengundian bagi memberi laluan kepada pemilihan UMNO Mac ini, dan kedua memilih tarikh hari bekerja dengan hasrat untuk menghalang ramai pengundi berdaftar bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing sebenarnya. Sama-samalah kita renungkan !

http://addin77.blogspot.com

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.