Pembangunan tidak seimbang: Bung Mokhtar selar kerajaan BN

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen (BN) Kinabatangan, Dato' Bung Mokhtar mengakui berlaku ketidakseimbangan antara pembangunan di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak apabila projek infrastruktur yang dijanjikan kerajaan Barisan Naisonal (BN) belum dilaksanakan sehingga hari ini.

Katanya, jika diperhatikan di Semenanjung kebanyakan jalan raya dibina dengan baik tetapi ia tidak demikian di Sabah dan Sarawak.

Beliau memberi amaran penubuhan Kerajaan BN adalah dengan penyertaan ramai dari anggota parlimen dari kedua-dua negeri berkenaan.

"Kita timbang untuk adakan pilihan raya kecil sekiranya itulah caranya untuk senangkan rakyat. Tidak penting sangat jadi wakil rakyat tetapi yang lebih penting ialah rakyat hidup senang dengan kemudahan infrastruktur yang cukup.

"Saya sudah cukup sakit hati dengan apa yang berlaku," jelasnya ketika berucap di Dewan Rakyat membahas ucapan menjunjung kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, tengah hari tadi.

Sebelum itu Ahli Parlimen (KeADILan) Padang Serai, N.Gobalakrishnan dan Ahli Parlimen (BN) Labuan Dato' Yussof Mahal bangun mempertikaikan tentang janji ramai menteri yang mendakwa akan melaksanakan projek berbilion ringgit di kedua-dua negeri berkenaan tetapi sehingga hari ini ia belum dilaksanakan.

Bung Mokhtar berkata, persoalan sedemikian boleh membawa pukulan maut kepada beliau untuk menjawabnya sambil menegaskan sehingga hari ini memang tidak dilaksanakan.Beliau menyalahkan kepada pegawai-pegawai kerajaan tidak melaksanakan kerja dengan baik.

Dakwanya, perancangan untuk pembangunan kerajaan BN di kedua-dua negeri tersebut memang ada tetapi pegawai-pegawai kerajaan menyorokkannya dalam laci meja mereka tanpa mengambil tindakan sewajarnya.

"Kementerian berkenaan tidur, pegawai tidak menjalankan tangungjawabnya. Saya berharap mereka tidak tidur dan kita akan bagi mereka tidak tidur selepas ini." tegasnya. - azm/mks. _

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.