Sejarah Pang5 Bukit Gantang… Tolak BN?

" Ibnu Hasyim Catatan Santai
PANG! …
5 jari lekat di muka. Konon, itukah asal perkataan ‘panglima’. Penampar… lambang kekasaran seorang jaguan? Atau lambang tangan terbuka… Lambang PAS semasa mula-mula ditubuhkan? (sila lihat http://www.ibnuhasyim.com/ Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 8: Bermula Dengan Tangan Terbuka)



Bukit Gantang pula merupakan salah sebuah mukim yang terletak dibawah pentadbiran Daerah Larut, Matang dan Selama. Mukim ini terletak bersempadanan dengan Mukim Kg Buaya, Daerah Kuala Kangsar yang memisahkannya dengan sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Berapit. Kini Bukit Gantang menjadi tumpuan politik Malaysia apabila Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS, Roslan Shaharum, meninggal dunia, beberapa hari lepas. Kerusinya kini kosong dan perlu diganti, maka diadakan pilihan raya kecil semula.

Dalam daerah ini terdapat sebuah kampung bernama Kampung Bukit Gantang. Kampung Bukit Gantang dan Kampung Kubu ini berkait rapat dengan sejarah Long Jaafar dan bapa saudaranya Dato' Panglima Bukit Gantang. Mereka adalah orang Melayu terkaya dan berpengaruh di negeri Perak sekitar tahun 1800–1850an, yang merupakan Pemungut Cukai di Kerian dan Kurau ketika itu. Dato' Panglima Bukit Gantang dikatakan mula-mula membuka kampung ini, yang dinamai dengan namanya Kampung Bukit Gantang. Dato Panglima Bukit Gantang meninggal dunia pada Isnin April 20, tahun 1818.

Maqam Panglima Bukit Gantang terdapat di Kampung Kubu dan merupakan peninggalan sejarah yang dipelihara baik-baik. Long Jaafar anak saudaranya pula adalah orang Melayu yang mula-mula menjalankan perusahaan melombong bijih-timah di Daerah Larut. Dalam tahun 1848 Long Jaafar telah memulakan perusahaan melombong di Kelian Pauh ataupun lebih dikenali sekarang sebagai Bandar Taiping. Dalam masa yang singkat beliau telah beroleh kejayaan, menempatkan dirinya sebagai orang terkaya dan berpengaruh di Daerah Larut bahkan jua di dalam negeri Perak.

Dalam tahun 1850, Raja Muda Ngah Ali telah mengurniakan Daerah Larut kepada Long Jaafar. Kemudian dalam tahun 1856, Raja Ngah Jaafar yang menggelar dirinya sebagai Sultan Perak telah memberi pula surat kuasa kepada Long Jaafar. Surat bertujuan menambah kukuhkan lagi surat kuasa yang diberi oleh Raja Muda Ngah Ali sebelum itu. Long Jaafar meninggal dunia pada 6 Jamadil Akhir 1272 bersamaan Ogos 1858, digantikan oleh anaknya Ngah Ibrahim. Dizaman kekuasaannya, Long Jaafar telah membina kota kediaman di Kampung Bukit Gantang atau disebut ‘kubu' oleh orang-orang disitu, Makamnya juga telah dibina di dalam kota tersebut.

Kubu itu dikatakan menjadi salah satu antara tempat perlindungan Ngah Ibrahim bersama pengikut-pengikutnya untuk bertahan dari serangan British dalam Perang Larut. Akhirnya Ngah Ibrahim dapat ditawan oleh British dan dibuang di Pulau Sycelles. Makam Long Jaafar terletak di kawasan belakang Pejabat Penghulu Kampung Bukit Gantang iaitu kira-kira ¼ km ke dalam. Makamnya terjaga dengan baik, tetapi bekas kota (kubu) kediamannya hanya tinggal kesan tembok sahaja.

Semasa dibawah era pemerintahan Long Jaafar, Bukit Gantang telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan awam seperti bangunan-bangunan kedai, pejabat-pejabat orang besar jajahan, Stesen Keretapi Bukit Gantang dan laluan jalanraya yang menghubungkan Bukit Gantang dengan Sg Limau yang pada ketika itu dijadikan sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut. Pada masa itu, pendapatan utama bagi Jajahan Larut adalah perlombongan bijih timah yang diusahakan di Taiping. Kebanyakannnya diusahakan oleh imigran melalui perjanjian dan konsesi yang dianugerahkan kepada mereka oleh Long Jaafar. Iaitu…

1…Imigran Cina Manchu beragama Islam dari kumpulan ‘Hai San’.
2…Imigran Cina Pulau Pinang yang beragama Buddha dari kumpulan ‘Ghee Hin’.

Menurut http://sejarahnagarakedah.blogspot.com

“…isteri (nama sudah tidak diketahui lagi) kepada Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai @ Mat Sirat ini, ialah adinda (adik) kepada isteri Panglima Bukit Gantang Nai Lang Raja Siam Songkhla (kedua beradik perempuan ini adalah anakanda Maharaja China Manchu). Pada masa yang sama isteri Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai @ Mat Sirat ini juga adalah bonda Sultan Muhammad I Kelantan Nik Diah @ Ngah Haji Muhammadiah Keramat Tok Bai.

Manakala kakaknya pula adalah isteri Panglima Bukit Gantang dan bonda kepada Sultan Jaafar Mad Azam Syah atau Long Jaafar. Kedua mereka adalah anakanda Maharaja China Manchu. Dengan sebab itulah dikatakan bahawa Long Jaafar telah membawa masuk orang-orang China Khaek (Islam) untuk melombong bijih timah di Larut. Long Jaafar @ Sultan Jaafar Mudazam Syah adalah juga cucu Maharaja China Manchu, Maharaja Chia-ch'ing.”

Menurut buku Joginder Singh Jessy, ‘Tawarikh Tanah Melayu, 1400-1959’, ms 153, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka… Puak khaek, dari kongsi gelap Hai San (bermaksud bagi pesanan) adalah orang-orang China yang beragama Islam. Patutlah puak Ghee Hin dengan Hai San ini suka bergaduh! Khaek’ @ Khaeg bermaksud Islam dalam bahasa Siam Kedah. (Sebagai contoh, tempat peranginan Phuket asalnya adalah Po-Kheg bermaksud bapa-Islam atau raja yang memerentah disitu dulunya adalah beragama Islam. (Lihat lagi catatan ahli akademik Thailand hari ini mengenai ‘khaeg’ di blog http://sejarahnagarakedah.blogspot.com).

Mengapa puak-puak Hai San dan Ghee Hin itu suka bergaduh, sedangkan mereka berasal dari sebuah negera dan satu bangsa? Kita mesti ingat bahawa puak Ghee Hin itu dibawa dari Pulau Pinang yang diasuh dan dididik penjajah, dan bukan pula beragama Islam. Sejarah juga membuktikan, bagaimana bangsa-bangsa yang dibawa masuk ke Tanah Melayu dulu dipisah-pisahkan melalui penempatan-penempatan menurut kaum. Kaum India di estet-estet, kaum Melayu di bidang pertanian dan orang Cina di sektor perniagaaan, walaupun orang Melayu pernah menguasai dunia niaga di Asia Tenggara sebelumnya.

Maka akhirnya perselisihan puak-puak kecil itupun membesar menjadi perselisian kaum dan bangsa pula? Kita ingat pula, bagaimana kemerdekaan yang diberi bersyarat, dipaksa mengekalkan undang-undang mereka, walaupun undang-undang itu bukan undang-undang kaum Cina dan India, bahkan undang-undang yang amat asing bagi penduduk asal negara ini. Bagaimana penjajah berjaya mengasingkan Singapura dari Malaya, dan mencantumkan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia yang pernah menimbulkan ketegangan di alam Melayu sesuai dengan ‘dasar pecah-pecah jajah’nya itu.

Mereka terus menggunakan talibarut-talibarut dungu mereka sehingga berlaku peristiwa 13 Mei 69, dan isu-isu perkauman yang menjadi berterusan. Kita tidak mahu hal ini berulang lagi. Kita tidak mahu pemimpin-pemimpin yang mengapi-apikan perkauman, cuba melaga-lagakan rakyat dengan sultan, demi mengekalkan kekuasaan mereka. Mereka korek-korekkan isu raja dan isu bangsa, sama seperti tujuan penjajah tersebut. Jadi kalau anda mahu tidak jadi kuda tunggangan puak-puak yang macam penjajah itu, tentukan dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang ini, supaya BN tidak menang lagi. Sebagai amaran kepada BN jangan permain-mainkan kerajaan pilihan rakyat! Baru anda benar-benar panglima!

(Sila rujuk juga http://www.ibnuhasyim.com/ Thursday, January 15, 2009 Sikap Sangka-buruk Kaum Cina… Dr Mohd Ucap Syabas Kepada Guan Eng..)

Sekian, sembang-sembang menyambut pilihan raya kecil Bukit Gantang.. Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 12, 2009. KL
"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.