Kelmarin, Zambry telah dipanggil bersama dengan 2 orang wartawan akhbar cina untuk memberi keterangan kepada jawatankuasa yang sama.
Setelah dua proses pengadilan dilakukan oleh Jawatankuasa tersebut, menjangkaan satu keputusan rasmi akan ditentukan oleh jawatankuasa bagi menentukan hukuman yang setimpal dengan salah laku dan kesalahan yang dilanggar oleh pihak terbabit sesuai dengan peraturan 72(3) Peraturan Dewan, dan pelanggaran Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak perkara 16(6) dalam hal berkaitan pelantikan Menteri Besar.
Pelanggaran kepada undang-undang yang sedia oleh pihak yang tidak sabar untuk mendapatkan kuasa jelas telah menimbulkan keadaan politik yang tidak menentu di Perak dan rasa tidak puas hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan