
[Nampaknya, pilihan raya Negeri Sarawak kali ini lebih mencabar dan panas berbanding dari yang sebelumnya. Apa tidaknya, selepas Tsunami 2008 maka inilah satu medan pertempuran palin hebat untuk menentukan penerimaan sebenar rakyat di negeri talian hayat BN itu. Jika kecundang atau banyak kerusi BN tumbang, maka ia pasti satu igauan yang amat buruk dan mimpin ngeri buat PM Najib Razak untuk mengilhamkan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Namun, jika mereka menang bergaya, maka sudah pastilah PRU bakal diadakan dalam masa terdekat selepas pilihan raya negeri itu nanti. Apapun, harus diingat BN tidaklah hebat sangat jika merasakan mereka terlalu sukar untuk ditewaskan. Ini kerana enam kerusi DUN tumbang sebelum ini dan terbaru kerusi Parlimen Sibu juga berjaya ditakluki oleh Pakatan Rakyat. Apa yang pastu, limpahan kemewahan dan projek mee segera pasti akan turun mencurah-curah ke Sarawak pula selpas ini. Merana dan terkilanlah rakyat di DUN Merlimau dan Kerdau yang sekarang ini menagih segala janji-janji yang ditaburkan oleh BN dalam pilihanraya kecil lalu, Mereka kini baru tersedar bahawa, segala janji itu hanyalah auta semata-mata demi menagih undi simpati daripada rakyat. Selepas menang, maka itu kehidupan mereka dan mungkin untuk selama-lamanya. Oleh itu, apakah rakyat Sarawak akan alami nasib yang sama? Sama-sama kita nantikan pengumuman tarikh pilihanraya negeri dalam masa terdekat ini. Buat seluruh rakyat Sarawak, inilah masanya untuk melakukan perubahan. Selamat berjuang demi masa depan generasi akan datang!].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan