Kami Mahu Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia

Nazri Aziz Pertahankan Dato' T

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dilihat tampil mempertahankan lelaki misteri 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," katanya merujuk kepada banyak pers...oalan berkaitan kesan undang-undang terhadap pihak yang menganjurkan "tayangan meletup" itu semalam.

"Jadi jangan bangkitkan isu yang bukan pokok. Pembangkang selalu mendakwa ini semua kerja BN... kamu ada masalah dalam parti sendiri, selesaikanlah," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

Katanya, dengan mengatakan BN mengambil tindakan sebegitu, ia sebenarnya menggambarkan apa yang boleh dilakukan pembangkang.

Daripada memberikan masa kepada ahli politik bagi membersihkan dirinya, Nazri mendesak 'Datuk T' segera membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Mengulas penayangan video seks itu di sebuah hotel semalam, menteri yang bertanggungjawab dalam bidang undang-undang itu berkata bukanlah sesuatu yang salah untuk pihak di belakang semua itu menunjukkan video kepada wartawan dan penyunting.

"Kamu beritahu saya apa yang salah. Semua kata ia bertentangan dengan undang-undang, tetapi beritahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang maklum patut datang ke depan untuk maklumkan kepada kita," katanya.
See More

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.