Libya: Serangan Barat bunuh 48, cedera 150 lagi

March 20, 2011
Sebuah patung jet F16 Amerika Syarikat digenggam oleh seorang askar Libya di Bab Al- Aziziyah, 20 Mac 2011. — Foto Reuters
TUNIS, 20 Mac — Serangan udara peringkat pertama tentera perikatan kuasa Barat di beberapa bandar di Libya telah mengakibatkan 48 orang terbunuh dan 150 lagi cedera di kawasan “orang awam”, dakwa televisyen kerajaan hari ini. Libya menyifatkan serangan itu pencerobohan musuh.
Perikatan lima negara melancarkan serangan ke atas negara utara Afrika itu lewat semalam dan awal pagi ini (waktu Malaysia).
Kenyataan pihak tentera Libya berkata ibu negara Tripoli dan Sirte, Benghazi, Misrata dan Zuwarah terjejas ekoran serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi Odyssey Dawn.
Lebih 110 peluru berpandu dilepaskan dari kapal perang dan kapal selam Amerika Syarikat dan Britain.
Turut menyertai kempen itu yang diperakui PBB ialah Perancis, Kanada dan Itali.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.