PERSARAAN TAIB MUSLIHAT LAMA

Ahli parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen berkata beliau tidak hairan dengan pengumuan hasrat Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk berundur daripada jawatan ketua menteri Sarawak.

"Beliau telah membuat kenyataan sebegitu 20 tahun lepas, dan 
beliau masih membuatnya (pengumuman) 20 tahun kemudiannya. Saya tak tahu sama ada beliau masih akan membuat kenyataan tersebut 20 tahun kemudiannya selepas membuat kenyataan itu sekarang,” kata Chong.

Katanya, bagi Taib membuat kenyataan sejurus sebelum pilihan raya negeri adalah satu petunjuk yang beliau sendiri sedar yang beliau telah terlalu lama menyandang jawatan tersebut.

“Tiga puluh tahun sebagai ketua menteri, sudah mencukupi. Tambahan pula, terdapat banyak soalan yang tidak terjawab mengenai harta keluarganya di dalam dan luar negara," kata Chong, yang juga setiausaha DAP Sarawak.

Katanya, kenyataan Taib tidak memberi sebarang makna dan satu-satunya cara supaya Taib benar-benar meletakkan jawatan ialah jika pembangkang menafikan BN majoriti dua pertiganya dalam dewan undangan negeri, atau jika parti pemerintah kalah sekurang-kurangnya 24 daripada jumlah 71 kerusi.

“Ini akan memaksa beliau meletakkan jawatan,” katanya.

“Dan beliau akan 100 peratus bersara atau meletakkan jawatan jika 
pembangkang menang sekurang-kurangnya 36 kerusi untuk menumbangkan BN," tambahnya.

Chong berkata kemenangan besar BN dalam pilihan raya negeri akan meningkatkan peluang untuk Taib mengekalkan jawatannya.

"Gesaan saya kepada rakyat ialah jika anda mahu Taib berundur, beri kemenangan kepada pembangkang di sekurang-kurangnya 24 kerusi, jika pun tidak 36 kerusi, dalam pilihan raya negeri yang akan datang," tambahnya.


Fortran@
nampaknya dah lama taib perbodohkan rakyat sarawak dengan cara yang sama dan ayat yang sama
apasal la rakyat sarawak yang sokong taib ni bongok sangat
mereka tak tengok ke apa yang taib dah buat
semakin hari semakin kaya si taib ni
rakyat pula semakin hari semakin susah
takkan nak jadi macam sabah?
dulu negeri paling kaya kat malaysia
lepas jatuh kat bawah umno terus jadi negeri termiskin
kat mana perginya hasil minyak dan sumber alam yang lain?
20 tahun ni satu tempoh yang panjang
kalau tanam durian dah berapa musim dapat kutip hasil
mungkin dulu mereka tak dapat maklumat yang betul
sekarang semua maklumat kat hujung jari
kalau mereka masih sokongan taib
tak tahu la nak cakap apa. kahkahkah

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.