Najib,Taib setuju pelan perubahan kepimpinan Sarawak




SERIAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berkata, beliau dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah pun tahu masa yang tepat untuk melakukan perubahan kepada kepimpinan di negeri ini.
Najib berkata, beliau dan Taib mempunyai 'persefahaman yang sangat baik' mengenai masa untuk membuat pengumuman berhubung perkara itu.
"Saya tahu beliau telah bersedia. Apabila tiba masanya, beliau sedia beredar daripada arena dan kami mempunyai persefahaman yang sangat baik mengenai bilakah ia akan berlaku," katanya ketika berucap pada program Senada Sejiwa di sini semalam.
Program itu yang mengetengahkan pameran produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan anjuran kerajaan negeri Sarawak.
Najib berkata, perubahan kepimpinan negeri bukanlah suatu perkara yang boleh didesak memandangkan peralihan yang lancar merupakan perkara paling utama.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.