Panas: Pimpinan PKR Di Cabang Indera Mahkota Dan Wanita Negeri Keluar Parti Dan Sertai UMNO Dek Kerana Hilang Kepercayaan Kepada Anwar !!

KUANTAN 20 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota, hampir lumpuh apabila 300 ahlinya mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai UMNO hari ini. Tindakan keluar parti itu telah diketuai oleh Pemangku Ketua Cabang iaitu Ibrahim Sidek (foto). Turut berbuat demikian ialah Naib Ketua Wanita PKR Pahang sendiri iaitu Izzah Mazlan dan Setiausaha Wanita PKR, Fadzilah Abd Wahab. Tindakan ini menyebabkan Wanita PKR Pahang juga mungkin bakal lumpuh kerana kedua-dua mereka adalah pendokong kuat wanita PKR Negeri Pahang sebelum ini sebenarnya. Kesemua mereka kemudian menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof dalam satu majlis ”Sirih Pulang ke Gagang” di Kolej Shahputra dekat sini. Ibrahim, yang menyertai PKR selama 11 tahun, berkata, keputusan keluar parti itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, hala tuju parti itu kini semakin tidak menentu dan mementingkan kepada perjuangan individu sahaja. Dalam pemilihan PKR 2010 yang lalu, Ibrahim berjaya menewaskan Kamarulzaman Yunus bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang itu. Beliau memangku tugas Ketua Cabang Indera Mahkota berikutan tindakan drastik pucuk pimpinan parti menghantar Ketua Cabang dan juga Ahli Parlimen kawasan itu iaitu Azan Ismail ke Terengganu. Difahamkan, Azan telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Terengganu dalam rombakan yang dilakukan PKR awal tahun ini. Kemungkinan besar Ibrahim kecewa dengan keputusan tersebut lantas mengambil keputusan drastik ini. Sebelum ini memang sudah timbul ura-ura beberapa pemimpin PKR Pahang bakal meninggalkan parti itu ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau baru-baru ini.
[Namun, keputusan yang dibuat oleh Ibrahim dan yang lainnya hari ini sungguh memeranjatkan kerana beliau antara pendokong kuat perjuangan PKR di cabang terbabit selama ini. Malah, beliau juga adalah penyokong kuat Azan Ismail sejak pemimpin tersebut bergelar Ahli Parlimen dan memimpin PKR di cabang berkenaan. Maknanya kini PKR Cabang Indera Mahkota kehilangan Ketua Cabang, Pemangku Ketua Cabang dan juga Timbalan Ketua Cabang berkenaan. Apakah ini bakal menyebabkan parlimen itu sendiri ditawan kembali oleh BN dalam pilihanraya umum akan datang agaknya. Apapun, senario ini mungkin akan dianggap biasa oleh sesetengah pihak yang berkenaan. Namun, ia juga harus diberi perhatian sewajarnya oleh kepimpinan negeri kerana difahamkan ada beberapa orang pemimpin lagi yang dijangka menyusul].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.