Video seks: Tidak perlu tubuh suruhanjaya diraja, kata PAS

March 23, 2011
KUALA TERENGGANU, 23 Mac — Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata kes video skandal seks melibatkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang memadai diserahkan kepada polis untuk disiasat kebenarannya tanpa perlu kepada penubuhan suruhanjaya diraja.
“Tak perlu buat (Suruhanjaya Diraja)...kalau tidak dibuat pun, orang akan siasat sebab dah buat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan kumpulan yang mengelarkan diri mereka `Datuk T’ yang turut disertai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik yang mahukan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat ketulenan video itu.
Rahim dalam satu sidang akhbar hari ini mengaku menjadi antara tiga orang yang bertanggungjawab menunjukkan video itu kepada media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara dua hari lepas.
Dua lagi individu yang terlibat adalah seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Diminta mengulas sama ada PAS bersedia untuk ahli panel suruhanjaya jika ia ditubuhkan, Harun berkata beliau secara peribadi tidak akan menyertainya.
“Kita malaslah, nanti orang kata orang Pas tengok gambar tidak elok pula. Kita tidak mahu terheret dalam masalah ini,” katanya.
Beliau juga enggan mengulas sama ada video tersebut sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan seorang pemimpin parti pembangkang berkenaan.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Anwar, 64 yang merupakan Anggota Parlimen Permatang Pauh menafikan dirinya adalah lelaki yang melakukan adegan seks di dalam klip video itu dan menyifatkannya sebagai serangan bermotifkan politik serta satu percubaan untuk memaksa beliau keluar daripada politik nasional.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.