INDERA MAHKOTA, [21 Mac] -
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang dijangka terus lumpuh apabila satu persatu pimpinannya keluar parti. Terbaru, khabarnya dua orang lagi pendokong kuat wanita PKR Pahang bakal berbuat demikian dalam masa terdekat ini. Mereka yang dijangka akan berbuat demikian dalam masa terdekat ini ialah
Ketua dan
Timbalan Ketua Wanita Ranting Sg.Ular dekat sini. Difahamkan
Ketua Wanita terbabit yang dikenali sebagai
Kak Zura (foto) telah menang dalam Pemilihan PKR 2010 bagi jawatan
Ketua Wanita Cabang berkenaan, namun beliau tidak dilantik ke dalam kepimpinan Cabang Indera Mahkota kerama dikatakan bukan "
Line UP Azan Ismail". Wanita Akibatnya beliau terus disisihkan daripada aktiviti parti termasuk menghadiri mesyuarat cabang yang dijalankan. Beliau dikatakan berbuat demikian kerana kecewa dengan
Anwar Ibrahim (Ketua Umum), Dato' Fauzi (Pengerusi PKR Negeri) dan
Ahli Parlimen Indera Mahkota sendiri iaitu Azan Ismail. Tindakan tersebut mungkin diambil selepas sekian menahan kesabarannya. Sebelum ini sudah beberapa kali beliau menyatakan untuk keluar parti dan menyertai UMNO.

Dua pemimpin wanita PKR Pahang yang keluar semalam iaitu
Ezzah Mazlan (Naib Ketua) dan Fadzilah Wahab (Setiausaha) [Difahamkan, malam tadi satu majlis yang ditaja oleh UMNO telah diadakan di Ranting Sg.Ular bagi tujuan membuka ruang ke arah penyertaan beramai-ramai pemimpin dan ahli ranting terbabit ke dalam UMNO. Turut dilihat hadir ialah Setiausaha Kerja UMNO Pahang, Rahim Abas. Apakah ini menandakan ranting Sg.Ular dan beberapa lagi yang lain akan dibubarkan selepas ini. Ranting berkenaan adalah antara yang paling aktif di Cabang Indera Mahkota selama ini. Justeru itu, kemelut yang melanda ini pasti akan menyebabkan PKR Indera Mahkota lumpuh sebenarnya. Ia secatra langsung bakal menggugat kekuatan Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kerusi parlimen itu dalam PRU13 akan datang].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan