Pertemuan Lajnah Antarbangsa Dewan Pemuda Pas Pusat Bersama Kedutaan Jepun

24 Mac 2011 , Kuala Lumpur - Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda Pas Pusat telah mengambil inisiatif untuk bertemu dengan Kedutaan Jepun di Hotel Nikko, Kuala Lumpur baru-baru ini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan Negara Jepun yang telah dilanda gempa bumi dan Tsunami.

Pertemuan tersebut telah dihadiri oleh Dr Raja Ahmad Al-Hiss, Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda Pas Pusat (LADPPP), Ustaz Mohd Al-Hakimi As-Syah Alami, Penolong Setiausaha LADPPP, dan tiga orang AJK LADPPP iaitu Saudara Haris, Dr Hanif Abdullah dan Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar.

Wakil daripada kedutaan Jepun yang turut menghadiri pertemuan tersebut ialah Naoki Hikota, Kaunselor di Kedutaan Jepun ,Cik Yoko Hurito, Setiausaha 3 Kedutaan Jepun serta Dr. Akiko Morishita, Penyelidik di Kedutaan Jepun. Kedua-dua mereka telah meluangkan masa hampir 2 jam bersama dengan LADPPP untuk membincangkan plan bertindak yang dapat dilakukan bersama.
Memetik ucapan Dr Raja Ahmad Al-Hiss, "Pihak Dewan Pemuda Pas Pusat merakamkan rasa simpati atas bencana yang menimpa rakyat Jepun hingga mengorbankan ribuan nyawa dan meranapkan puluhan ribu kediaman. Kita juga telah melancarkan tabung kutipan derma untuk mangsa bencana untuk meringankan beban rakyat Jepun. Rakyat Malaysia diseru untuk sama-sama menyumbang kepada tabung bantuan bencana Tsunami Jepun dengan memasukkan sumbangan ke akaun BIMB 14014010026320 MICCF FUND DEWAN PEMUDA PAS PUSAT"
Pertemuan ini dilihat berjaya mencapai maksudnya dan pihak kedutaan Jepun melahirkan rasa terima kasih dan terharu atas sikap prihatin dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak Dewan Pemuda Pas Pusat yang diketuai oleh Lajnah Antarabangsanya.
Jepun telah dilanda gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Ritcher hingga menyebabkan Tsunami besar melanda Negara matahari terbit tersebut pada 11 Mac 2011 yang lalu. Insiden tersebut juga telah menyebabkan kepanikan nekluer di seluruh dunia lantaran beberapa rector nukleurnya meletup dan membebaskan radiasi yang berbahaya kepada manusia.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.