Dewan Undangan Negeri Sarawak "Di Bubarkan" Hari Ini Bagi Membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Untuk Adakan "Pilihan Raya Negeri" !

KUCHING, 21 Mac - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan hari ini untuk membolehkan pilihan raya DUN ke-10 diadakan. Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar (foto) berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng telah diterima pada pagi ini. "Pembubaran DUN Sarawak pada 21 Mac iaitu hari ini mengikut perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak," katanya hari ini. Asfia berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada petang esok. "Tempat dan masa pertemuan belum dapat ditentukan tapi ia akan diserahkan esok," katanya lagi. Asfia berkata selepas penyerahan pengisytiharan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian. Pada Sabtu lalu, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar hari ini bagi membolehkan pilihan raya negeri ke-10 diadakan.

[Ketika ini, BN negeri menguasai 63 daripada 71 kerusi DUN selepas ADUN Engkilili Dr Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), menyertai BN tahun lalu. DAP menguasai enam kerusi manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi. DUN Sarawak dengan 71 anggota sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini. Pilihan raya negeri yang lepas diadakan pada 20 Mei 2006. Selamat berjuang kepada semua parti-parti yang akan bertanding nanti].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.