"Dengan memasukkan gambar didalam setiap email anda, ini akan membuatkan email anda semakin menarik. Disini saya akan kongsikan tips bagaimana cara termudah memasukkan gambar ketika hendak menghantar email kepada rakan-rakan anda.
Saya baru sahaja mencuba cara ini dan sebenarnya ianya perkara mudah sahaja. Tetapi jika anda sudah tahu, tidak mengapa. Saya kongsikan untuk mereka yang masih belum ketahui caranya.
Caranya cukup mudah sekali, anda ikut sahaja step ini.
Pertama sekali anda buka browser anda (contoh browser firefox). Kemudian anda buka email anda (contoh untuk gmail) dan klik pada compose mail. Biarkan sahaja browser ini terbuka, jangan ditutup.
Kedua anda buka satu lagi browser (browser firefox). Kemudian anda pergi kepada web dimana terletaknya gambar yang ingin anda masukkan didalam email anda. Kemudian anda kecilkan saiz browser ini (restore down).
Baiklah sekarang ini anda klik (klik pada gambar) kanan mouse anda (tetapi jangan dilepaskan) dan anda tarik ke browser email anda tadi. Ini dinamakan drag & drop. Selepas anda tarik gambar tersebut kedalam compose mail anda, jadi gambar anda sudah muncul.
Itu sahaja caranya untuk memasukkan gambar pada compose mail. Jadi penerima email anda tadi akan nampak gambar tersebut. Mungkin cara ini sudah ramai yang ketahui, tetapi ada juga yang belum ketahui. Saya kongsikan disini supaya ianya berguna kepada semua.
Semoga berjaya ya.
-->>posting asal di solehpolysas blog
"
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan