PAS Pulau Pinang berkampung di Bukit Selambau

BUKIT SELAMBAU, 28 Mac (Hrkh) - Semua jentera PAS dari Pulau Pinang diarah berkampung di lima Unit Peti Undi (UPU) dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau bagi membantu jentera pilihan raya PAS Kedah mulai hari penamaan calon Ahad ini kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Fadzil Kemi.

Menurutnya, kelima-lima UPU tersebut ialah Taman Ria Jaya, Tasek Apong, Kampung Pokok Machang, Taman Peruda dan Taman Desa Aman.

"Semua jentera PAS Pulau Pinang diarah ke Bukit Selambau mulai hari penamaan calon pada 29 Mac ini untuk membantu jentera PAS Kedah bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat Saudara Manikumar yang mewakili Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeAdiLan), " ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Tegas beliau lagi, PAS Tasek Gelugor dan Permatang Pauh ditugaskan menjagai UPU Taman Ria Jaya, Bayan Baru, Jelutong dan Bukit Glugor ke UPU Tasek Apong, Balik Pulau, Tanjung, Bukit Bendera dan Bagan bertugas di UPU Kampung Pokok Machang, UPU Taman Peruda dikawal oleh PAS Batu Kawan bersama Bukit Mertajam manakala UPU Taman Desa Aman diamanahkan kepada PAS Kepala Batas dan Nibung Tebal.

Jelas Fadzil lagi, semua petugas boleh bergilir-gilir bertugas atau berulang alik bersama pasukan yang diatur oleh PAS Kawasan masing-masing Kepada mereka yang berkerja disiang hari di Pulau Pinang mereka boleh melapurkan diri bertugas di waktu malam di setiap UPU kerana aktiviti dijangka beroperasi di waktu malam termasuk melekat poster, merancang program kemasyarakatan, kempen, berceramah atau sebagainya.

"Sekarang bukan masanya mundar mandir ziarah ke sana ke mari tanpa tugasan sebaliknya tumpukan perhatian pada apa yang diarahkan, barulah kerja pilihanraya boleh dicapai, " katanya.

Bukan itu sahaja, PAS Pulau Pinang juga menetapkan beberapa petugas sepenuh masa di lokasi berkenaan bagi merancang program bersama dengan jentera PAS Kedah untuk mengelak pertindihan dan menyelaraskan aktiviti agar tidak bertembung.

Jenteru itu, untuk memudahkan operasi semua petugas diminta menghubungi Setiausaha PAS Kawasan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini atau lapor diri untuk menjalankan tugas di sana nanti.

Dun Bukit Selambau mempunyai 22 UPU dan dibahagikan kepada dua jentera parti iaitu PAS dan KeADILan. Kawasan melayu diserahkan kepada PAS manakala majoriti orang bukan Islam diamanahkan kepada KeADILan berikutan parti itu ada kelebihan menarik golongan bukan Islam mendekati Pakatan Rakyat. - mks. _

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.