Perhimpunan tersebut akan berlangsung sehingga 28 Mac 2009. Rakyat telah disogokkan dengan retorik berbau perkauman sempit, yakni survival UMNO. Harus diingat bahawa UMNO adalah sebuah parti perkauman yang tegar di Malaysia. Anehnya, hal itu diselindungkan dengan ungkapan "survival Melayu". Sangat banyak persoalan yang timbul daripada pernyataan-pernyataan yang telah disebutkan itu.
Benarkah UMNO memperjuangkan survival Melayu?
Dalam keadaan yang serba tenat sekarang ini, UMNO tidak mungkin dapat memenuhi kemahuan palsu itu. Mereka tidak mampu menyelesaikan kesemua 900 kes rasuah politik yang dilaporkan kepada Lembaga Disiplin UMNO. Situasi ini menjelaskan bahawa UMNO tidak serius membasmi rasuah politik.
Najib menyeru perwakilan supaya tidak memilih perasuah menjadi pemimpin. Pemuda UMNO memilih Khairy yang telah diisytiharkan bersalah mengamalkan rasuah politik sebagai ketua. Ini menun jukkan bahawa amaran Najib dipersetankan oleh majoriti Pemuda UMNO. Sekali gus rakyat memahami mesej tentang ketidaktelusan UMNO memerangi rasuah sama ada di dalam atau di luar parti. Sikap ini amat berbahaya kerana Pemuda UMNO dianggotai oleh golongan muda.
Dengan berketuakan Khairy, pemuda-pemuda yang dipimpin akan cenderung meniru cara beliau merasuah yang dianggap boleh selamat. Situasi sebegini akan mendorong pemuda yang bangsat, tidak bermoral, dan mengkesampingkan dosa pahala memasuki UMNO. Kita tunggu sahajalah UMNO lingkup tidak lama lagi.
Orang Melayu yang majoritinya masih miskin tidak akan dipedulikan oleh ahli-ahli UMNO yang lebih mementingkan diri sendiri sungguhpun berbuih-buih mulut perwakilan wanita menyeranah perbuatan terkutuk itu.
Tanah Simpanan Melayu pada asalnya ada 3 juta hektar. Pada tahun 1997 tinggal 1.7 hektar. Menjelang tahun 2020 dijangka tinggal 30% sahaja. Siapa petualang yang melakukannya kalau tidak UMNO. Mengapa UMNO tidak menggantikan tanah yang sudah diambil itu dengan tanah lain supaya keluasannya kekal? Itukah yang ditakrif sebagai mempertahankan survival Melayu? Usahlah bersandiwara.
Rakyat sudah pun diberikan fakta tentang kegagalan DEB disebabkan pelbagai kerja kotor UMNO yang diberitahu oleh pemimpin mereka sendiri. Dalam keadaan itu pun UMNO masih tidak rasa malu untuk bercakap tentang ketuanan Melayu yang sama sekali tidak ada dalam Perlembagaan Malaysia dan mempertahankan survival Melayu.
Sudah sahlah UMNO semakin hilang arah dan meracau. Hentikanlah sandiwara ini. UMNO akan dipinggirkan oleh orang Melayu. Percayalah, mereka sudah muak dengan dendangan ini. Lagu berbiasa ini hanya enak di telinga ahli-ahli UMNO yang tidak pun mengetahui tujuan menyertai parti itu, kata Khir Toyo.
Benarkah Najib mendapat team yang hebat?
Warisan Mahathir telah tersingkir. Penyokong Pak Lah masih berkeliaran dalam pucuk pimpinan UMNO yang akan diterajuinya. Kini ada Shahrizat dan Khairy. Mungkin seorang lagi pewaris Mahathir akan kecundang dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO. Perasuah bukanlah orang yang hebat. Mereka ialah sokong yang membawa rebah. Tidak sukar untuk meramalkan kematian UMNO tidak lama lagi.
Kewujudan penyokong Pak Lah dalam kepimpinan akan menjadi duri dalam daging pentadbiran Najib. Najib tidak akan aman di sepanjang pemerintahannya. Perpecahan yang berlaku tidak syak lagi akan menambah penderitaan UMNO sebagai teras BN.
Pengundi-pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai !!!
Masihkah anda percaya jika Ali Rustam dan Khairy berkempen di tempat anda? Adakah anda anggap barisan kepimpinan yang menerajui UMNO nanti tidak terlibat dengan rasuah kerana tiada tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin UMNO atau SPRM?
Biarkanlah Perhimpunan Agung Perasuah berjalan lancar sehingga 28 Mac 2009 nanti. Anda tidak perlu membuang masa mengikutinya dengan serius.
UNDILAH PAS !!! UNDILAH PKR !!!
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan