PKR Dungun hantar 40 petugas P/Raya Kecil...

"DUNGUN: PKR Bahagian Dungun yang diketuai Ketua Bahagiannya, sdra Razali Alias mula menggerakkan jentera petugas mereka ke DUN Bkt Selambau dan Parlimen Bkt Gantang mulai Jumaat ini, 27/3/2009.

Rombongan seramai 40 orang itu akan menaiki sebuah bas dan sebuah kereta menuju ke Sungai Petani, Kedah dan akan bertugas di kedua-dua Pilihanraya Kecil berkenaan sehingga hari pengundian, 7/4/2009.

Menurut Ketua Penerangan PKR Dungun, sdra Tarmizi Ghazali, jentera bertugas akan dibahagi kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang dan mereka akan ditempatkan di 4 Unit Peti Undi(UPU)dalam DUN Selambau serta bantuan juga akan diberi kepada jentera Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Gantang, Perak.

Pakatan Rakyat tetap yakin memenangi kedua-dua DUN dan Parlimen tersebut berdasarkan kepada mood rakyat kini serta permasalahan yang timbul dalam UMNO sekarang. Bagaimanapun, bagi satu lagi P/Raya Kecil, DUN Batang Air, Sarawak peluang untuk dimenangi PR dan BN dilihat agak seimbang.

Namun, harapan rakyat sekarang ialah ingin melihat agar PR akan dapat menyapu bersih kesemua kerusi pada setiap Pilihanraya Kecil yang diadakan selepas PRU Ke-12 sebagai satu isyarat atau petunjuk atau JALAN KELUAR kepada Barisan Nasional!!!


" GOOD BYE BARISAN NASIONAL, WELCOME PAKATAN RAKYAT ""

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.