Guan Eng tekad ikut acuan Umar Abd Aziz

PULAU PINANG, 23 Mac (Hrkh)- Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berbangga dengan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz kerana beliau seorang pemimpin Islam yang adil dan berjiwa rakyat.

Ketika merasmikan Wacana Pemikiran Khalifah Saidina Umar Abdul Aziz "Islam dan Kenegaraan" di Auditorium A, Tingat 5 Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) semalam beliau sekali lagi bertekad untuk meniru usaha yang dilaksanakan oleh pemerintahan Khalifah berkenaan.

Ini katanya bagi memastikan pentadbiran negeri bebas daripada penyalahguna kuasa, kezaliman, merombak semula jentera pentadbiran dengan memecat pada pegawai yang tidak cekap dan sebagainya.

Ujar Lim, sikap sedemikian merupakan puncak tertinggi dalam agama Islam ekoran prinsip Khalifah Umar untuk membangunkan negara dengan nilai-nilai kebajikan dalam semua bidang melibatkan kegiatan kenegaraan.

"Saya berbangga dengan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang mempunyai sikap adil, telus dan berjiwa rakyat.

"Khalifah Umar Abdul Aziz mempunyai prinsip membangunkan negara menerusi nilai-nilai kebajikan dalam bidang kenegaraan dan masyarakat di samping membasmi segala kemungkaran yang melekat sebagai kuman penyakit yang merosakan seluruh masyarakat dan negara, " katanya.

Melihatan contoh tersebut membuatkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengambil langkah berusaha menjadikan negeri pertama bebas daripada miskin tegar.

Selain itu katanya kerajaan juga mengiftiraf pelajar cemerlang termasuk para Huffaz serta inisiatif Wi-Fi percuma untuk mengurangkan jurang digital di kawasan bandar dan luar bandar serta golongan berada dan kurang kemampuan.

Pelaksanaan cara itu, akan dilakukan tanpa mengira apa latar belakang agama dan kaum kerana yang penting ialah hasil kejayaan.

"Ada cacatan yang meriwayatkan bahawa anak Khalifah Umar pernah mendesak bapanya supaya menggunakan kekerasan untuk menjayakan reformasi pemerintahan.

"Dengan tenang Khalifah memberi jawapan 'Wahai anak ku, apa yang engkau maksudkan seolah-olah pembaharuan hanya boleh dicapai dengan pedang. Tetapi tidak akan ada apa-apa kebaian dalam pembaharuan jika ia memerlukan kuasa pedang, " tegas Lim penuh semangat dalam program anjuran Penyelaras Umat Pulau Pinang (Forum) dengan kerjasama Kerajaan Negeri.

Lim juga mengakui model pemerintahan Umar Abdul Aziz boleh digunapakai sepanjang zaman kerana konsepnya berlandaskan amar ma'ruf dan nahi mungkar serta memperjuangkan nasib rakyat jelata.

Tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Puteh berkata, menyedari betapa sukarnya mencontohi langkah-langkah yang dilaksanakan dalam pemerintahanya.

Namun, perjalanan yang jauh harus bermula dengan langkah pertama iaitu inisiatif menjadikan Cekap akauntabliiti dan Telus (CAT) digunapakai oleh kerajaan hari ini supaya dapat membersihkan rasuah, memerangi mereka yang menyalahgunakan kuasa dan sebagainya.

" Keindahan pemerintah itu saya yakin dapat menyinari semula negeri yang dikenali sebagai Pulau Mutiara ini daripada anasir-anasir negetif seperti rasuah, pembaziran dan penyalah gunaan kuasa, " jelas beliau.

Program yang membicarakan dua kertas kerja turut mengundang Naib Yang Dipertua Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUM PP), Prof Madya Dr Fadlullah Jamel bertajuk 'Sejarah, Ibarah dan Keagungan Generasi Khalifah Umar Abdul Aziz dan Prof Madya Badli Hashi Mohd Nasir dengan kertas kerja bertajuk ' Khalifah Umar Abdul Aziz dalam Aspek Kenegaraan Masakini'.

Turut berucap dalam wacana itu ialah Wakil Forum merangkap YDP Angkatan Belia Islam Malaysia Pulau Pinang, Ustaz Zayd Zahari dan Exco Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kasim. - azm _

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.