Didakwa salah guna kuasa,SPRM digesa siasat Osman Jailu

IPOH,28 Mac (Hrkh) - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat Adun Changkat Jering, Osman Jailu yang didakwa melakukan dua kesalahan semasa beliau menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak sewaktu Pakatan Rakyat memerintah negeri ini dahulu.

Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam satu laporan kepada SPRM di sini semalam telah melapor salah guna kuasa oleh Mohd Osman Mohd Jailu jam 3.00 petang semalam.

"Hari ini saya melaporkan dua kesalahan Osman Jailu semasa memegang jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak, pertama kesalahan Osman Jailu yang duduk dalam mesyuarat yang melantik Noraini Samat sebagai Pengurus Besar Tourism Perak Sdn. Bhd sedangkan Noraini adalah isteri kedua beliau.

"Keduanya tindakan Osman yang melangar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang menyatakan Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak tidak boleh terlibat dengan trade. Sedangkan menurut beliau dalam satu mesyuarat memutuskan dia sebagai penandatangan pertama,"jelasnya.

Sehubungan dengan dua kesalahan yang dilakukan oleh Osman itu, beliau meminta SPRM menyiasat dengan segera.

"Dua kesalahan yang dilakukan oleh Osman Jailu melibatkan salahguna kuasa beliau semasa menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak, pihak SPRM wajar menyiasat seberapa segera kerana ianya merupakan satu kesalahan yang serius dilakukan oleh 'Adun lompat' itu,"katanya. - mks._

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.