Satu kapal Satu Nakhoda?

" Siapa nakhoda dalam PAS? Ini satu isu yang akan digunakan oleh UMNO untuk melaga-lagakan ahli-ahli dan kepimpinan PAS. Jawapan isu ini jelas. Dalam PAS, kaedah syura digunapakai dimana keputusan dibuat melalui perbincangan dan diskusi.

Justeru, teguran tajam Tok Guru bahawa Ustaz Hadi wajar berbincang dengan beliau selaku Mursyidul Am sebelum membincangkan isu "Unity Government/ Kerajaan Perpaduan" dengan BN merupakan satu langkah tepat.

Baru beberapa bulan dahulu, UMNO berjaya melagakan ahli-ahli PAS dalam isu mubahalah/muzakarah. Amatlah wajar selaku orang Islam, kita tidak dipatuk oleh ular ditempat yang sama. Kembali kepada persoalan asal, siapa nakhoda dalam PAS?

Terlebih dahulu, definasi nakhoda perlu difahami.

Nakhoda hanya ada seorang. Barisan kepimpinan ada banyak. Perbezaan nakhoda dengan barisan kepimpinan ialah nakhoda bertanggungjawab memastikan 'kapal' sampai ke arah destinasi dan beliau akan ada kata putus.

Sebagai contoh, jika majoriti ahli dalam kapal mahu menukar arah haluan kapal, nakhoda berhak mengarahkan agar destinasi ditukar. Tetapi nakhoda juga berhak mengekalkan arah tuju kapal. Sekiranya ada yang bercadang menukar arah tuju kapal, amatlah tidak wajar sekiranya nakhoda tidak dirujuk terlebih dahulu.

Dalam isu besar seperti ini, ahli-ahli bawahan PAS amatlah berharap agar barisan kepimpinan bersuara dengan suara yang sama dan dengan nada yang satu. Perbezaan pendapat perkara biasa tetapi dalam isu sebesar ini, kepimpinan perlulah duduk semeja dan saling jelas-menjelaskan, dan berkongsi pendapat, dan bukan meluahkan perbezaan pendapat melalui media. Mengapa? Kerana media BN akan menggunakan isu ini untuk menimbulkan fitnah dan permusuhan, seperti biasa..

Berhubung isu kerajaan campuran, sebenarnya isu ini tidak timbul. UMNO akan terus melawan Pakatan kerana kepentingan periuk nasik kroni mereka. Ramai penganalisis mencadangkan agar Pakatan mensasarkan parti-parti komponen BN untuk bekerjasama dan bukan UMNO.. Gerakan ,MIC dan MCA sudah memberi mesej sanggup berbincang..

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.