"Dr M: Mohd Ali patut letak jawatan KM
Oleh Jimadie Shah Othman
mahathir and rais yatim pc 190309 04Malaysiakini : Setelah didapati bersalah oleh lembaga disiplin Umno atas tuduhan mengamalkan politik wang, Datuk Seri Mohd Ali Rustam patut mengosongkan jawatan ketua menteri Melaka, kata mantan perdana menteri.
"Ya, itu pandangan saya. Saya bukan ahli Umno pun. Tetapi itu pandangan saya. Apabila sesuatu pengadilan dibuat, ia mestilah konsisten dan digunapakai terhadap semua orang, dalam situasi yang sama.
"(Sebagai contoh) kita tidak boleh kata, orang ini bersalah membunuh seseorang, jadi dia patut digantung.
"Untuk orang ini pula, oleh kerana dia orang penting, tidak perlu digantung. Kita tidak boleh cakap macam itu," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mantan presiden Umno itu menegaskan ketika ditanya soalan sama ada Mohd Ali patut kekal sebagai ketua menteri ekoran keputusan lembaga disiplin Umno semalam.
Dr Mahathir mengulas perkara itu dalam sidang media di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas di ibu negara petang ini.
Hadir sama ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Dr Mahathir juga tidak menolak kemungkinan penyokong Mohd Ali akan memindahkan sokongannya kepada seorang lagi calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
"Ada kemungkinan mereka (penyokong Mohd Ali) akan menyokong Muhd Taib. Muhd Taib akan menang. Tetapi keputusan yang sebenar akan dilihat dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.
Artikel selanjutnya
disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan