Hulu Terengganu - PAS menyifatkan ‘kecelaruan’ yang berlaku dalam UMNO hari ini, Perhimpunan Agung parti itu bukanlah ke arah pemulihan tetapi menuju ‘kemalapan’.(Gambar - Ustaz Harun menerima cenderamata selepas merasmikan Seminar Pendidikan baru-baru ini)
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Tuan Guru Dato’ Harun Taib berkata rakyat boleh menilai bagaimana pendedahan terhadap calon-calon yang bakal bertanding dalam perhimpunan tersebut tidak mempunyai integriti.
“Rakyat melihat, macam mana UMNO hendak berubah sebab sebelum pertandingan pun kita (rakyat) sudah dengar macam-macam perkara yang kurang menyenangkan mengenai calon yang layak bertanding.
“Saya rasa bukan berubah tetapi UMNO akan terus malap selepas ini,” ujarnya ketika pihak media, baru-baru ini.
Katanya, kecelaruan yang berlaku dalam UMNO itu membawa impak kepada perubahan yang dirancang oleh pimpinan parti tersebut.
Menurutnya, perubahan tersebut tidak akan berlaku selagi sifat-sifat negatif yang ditunjukkan oleh pimpinan mereka (UMNO) tidak berubah.
Justeru itu, katanya pemimpin Umno diingatkan agar mengutamakan kepentingan rakyat dalam melaksanakan amanat yang diberikan sebaik sahaja selesai perhimpunan parti itu.
Menurutnya, pelbagai isu penyelewengan serta tindakan membabitkan politik wang di kalangan pemimpin UMNO menjelang Perhimpunan Agung UMNO minggu ini.
http://buletinonline.net/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan